Wednesday, March 26, 2014

Puding Marble

(Sekalung doa buat semua para penumpang dan anak kapal MH370..Salam takziah buat semua ahli keluarga yang terlibat....) 

Assalamualaikum...
Agak lama sepi tanpa sebarang post..Hari ni nak post satu lagi resipi yang dah lama tak buat...Tetiba terasa teringin plak...Tapi ni pun dah gambar yang dah berlalu seminggu lebih...Hari ni baru ada masa nak post kat sini...

Dan...Untuk beberapa minggu yang amat mencabar emosi ini, saya juga turut sama merasa kesedihan yang menimpa ahli keluarga penumpang dan krew MH370....Semoga mereka semua tabah menghadapi Qadar dan Qadar dariNya...Kita sebagai manusia hanya mampu panjatkan doa sebanyak yang termampu dan berusaha sehabis baik..Ketentuan tetap ditanganNya....

PUDING MARBLE
Resipi Asal : Kak Alma@MyResipi

BAHAN-BAHAN
  • 10g serbuk agar2 (blh guna agar2 tali jugak)
  • 650ml air
  • 180gm gula pasir (saya kurangkn kuantiti gula - blh smpai 160g utk yg versi kurang manis lagi)
  • 60gm mentega
  • 1 biji telur
  • ½ tin susu cair
  • 1 sudu makan tepung custard
  • 1 sudu makan serbuk koko
  • 1/2 sudu teh vanilla
  • pewarna merah dan kuning secukupnya (kalau nak warna2 lain pun boleh) 
 PENYEDIAANNYA
  1. Masak agar-agar, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan
  2. Pukul telur sebentar menggunakan whisker kemudian masukkan susu dan tepong custard dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis
  3. Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar2 dan kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih kemudian masukkan mentega dan vanilla dan kacau hingga rata. Then pastu tutup api.
  4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian sama banyak.Satu bahagian di masukkan coklat emulco kemudian dikacau rata dan satu bahagian lagi di biarkan warna asal.
  5. Ambil sedikit adunan plain dan tuang sedikit ke dalam loyang mengikut corak pada loyang.Titikkan sedikit pewarna oren untuk tone colour yang berbeza.Masukkan sekejap ke dalam peti ais lebih kurang 2~3 min.
  6. Keluarkan dari peti ais dan cakar-cakar sedikit agar-agar tadi dan tuangkan pula 1 cawan adunan coklat ke atasnya.Masukkan kembali ke dalam peti ais seketika dan biarkan ia mengeras.
  7. Setelah agar-agar tadi agak keras, keluarkan dan cakar-cakar sedikit permukaannya dengan menggunakan garfu.Ambil 1 cawan adunan plain dan dengan perlahan-lahan tuangkan di bahagian tengah-tengah loyang.
  8. Kemudian ambil lagi 1 cawan adunan coklat dan tuang pula ke atas bahagian adunan plain tadi.Begitulah langkah seterusnya sehingga habis kesemua adunan.
  9. Masukkan agar-agar tadi ke dalam peti ais sehingga ia keras sepenuhnya..Sedia di hidang sejuk-sejuk....

6 comments:

Mamasya said...

Aslmkum Sue

lama tak singgah blog Sue.
Cantiknya pudding marble...kreatif .

Sue @ Nenie said...

Waalaukimsalam Mamasya..Samalah kita..sejak akhir2 ni selalu sibuk sampai langsung tak berkesempatan nak berblogwalking...

Than..Terima kasih

fazianbatrisyia said...

kenapa cantik sangat...???

Ayu said...

Assalam sue,
akak kat sini pun begitu..bila tengok berita on MH370 tu..hati sebak dan mata mesti berair..tak dapat nak bayangkan perasaan keluarga yang terjejas tukan..
puding cantik sekali..akak ada loyang silicon ni..tapi dulu bakar kek dalamnya..kena betul2 sapu butter celah2 design daunnya tu..kalau tak batter melekat dan sopaklah jadinya..:)

qaseira ummi said...

dari mn boleh dpt kn cetak puding tu

Liza said...

nape la cute sgt pudding tu, tak sampai hati akk nk mkn...hihii