Thursday, March 27, 2014

Sardine Masak Tempoyak

(Sekalung doa buat semua para penumpang dan anak kapal MH370..Salam takziah buat semua ahli keluarga yang terlibat....) 

Assalamualaikum...

Semalam semasa berblogwalking terjumpa resipi ni kat rumah Kak LinaPG...Kebetulan kat rumah memang ada stok tempoyak yang tuannya duk berkira-kira nak masak apa...Bila jumpa resipi ni, balik keje, terus merempit di dapur....

Alhamdulillah...sedap menepati selera tuan rumah yang memang suka makan tempoyak...Cuma versi simple sebab tuan rumah main taram jeeee apa stok yang ada kat rumah...

Thanks Kak Lina untuk resipi yang best ni....Len kali kalau buat tumis pedas lain nak cuba buh tempoyak juga lah....Sedap pedas-pedas + masam-masam tempoyak....

SARDINE MASAK TEMPOYAK
Sumber rujukan : Kak Lina PG @ Teratak Mutiara Kasih


BAHAN-BAHAN
  • 1 tin sardin saiz besar
  • 1 cm halia ( hiris/mayang)
  • 1 labu bawang besar (hiris)
  • 2 batang serai (ketuk)
  • 1 sb cili giling
  • 5 biji cili padi ( ketuk)
  • 1 sb sos tiram
  • 2 sb tempoyak
  • 1 biji tomato (belah 4)
  • Garam dan perasa/gula
  • Minyak
PENYEDIAANNYA
  1. Panaskan minyak tumiskan halia, bawang besar dan juga serai hingga wangi dan sedikit garing.
  2. Masukkan cili giling.Tumis sekejap hingga pecah minyak.
  3. Masukkan tempoyak, tumis lagi.
  4. Masukkan sardin bersama kuahnya sekali.Gaul sebati
  5. Masukkan sos tiram, tomato dan cili padi.Sesuaikan rasa.Tambah garam dan gula (jika perlu)

6 comments:

fazianbatrisyia said...

ohhhh bole masak mcm ni..mesti berselera bg yg suka tempoyak. sy nak time ngidam je dulu. kalau masak sy sorang kot yg jamah...yg lain tak reti mkn tempoyak..

hazila said...

Salam.

First time tengok sardine masak tempoyak. Akak dah lama habis stok tempoyak. Cam sedap je...

LiNa_Pg said...

Simple pun sedap kan...makan ngan nasi panas..

Amie said...

Owwww...wowww! First time dengar versi sardine masak tepoyak ni Sue.... teruja nak vuba, tapi... alamakkk tak dak stok tempoyaklah pulak! Tq for sharing dear!

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

nampak sedaplah... tak pernah gu kan tempoyak dgn sardin... satu kelaian yg harus dicuba..

Alsaeed A Koutb said...

اننا اذا تحدثنا عن افضل شركات تقوم بنقل العفش في جدة سوف نتحدث عن شركتنا نقوم باعمال نقل العفش في جدة علي اعلي مستوي
نقل عفش جدة
شركة نقل اعفش جدة
شركة نقل اثاث بجدة
شركة نقل عفش بجدة
اثاث مستعمل
شراء اثاث مستعمل بالدمام
اثاث مستعمل بالرياض
شركة شراء اثاث مستعمل بالرياض