Saturday, March 29, 2014

Puding Roti Buah Peach

(Sekalung doa buat semua para penumpang dan anak kapal MH370..Salam takziah buat semua ahli keluarga yang terlibat....)


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kemunculan ngan warna keemasan...Lagi resipi dari buku Siri Blogger Masakan...(Manisan) air tangan Kak Azlita Aziz@MasamManis

Sorry resipi last week tapi baru sekarang ada kesempatan post kat sini...Buat separuh adunan jeee..Jadi dapatlah 3 bekas bersaiz seperti yang kat bawah tu..


Asal bahagikan kepada 5 bekas...Tapi bila dah masukkan adunannya ke dalam roti dan ia mula meresap, so nampak rendah pula..Jadi Sue kombine sehingga mendapat ketinggian yang diingini..So dapatlah 3 bekas cumel-cumel ni...

Memang sedap kombinasi rasa roti butterscootch dan peach yang manis ni..Sue suka makan time suam-suam..tapi kalau ada yang suka dihidangkan time sejuk apa salahnya..Boleh ikut selera masing-masing...

Apa pun, terima kasih Kak Azlita atas perkongsian resipi simple ni tapi sedappppp

PUDING ROTI BUAH PEACH
Sumber rujukan : Buku Siri Blogger Masakan (MANISAN) By Kak Azlita Aziz

BAHAN-BAHAN
  • 8 keping roti butterscotch (potong kecil-kecil)
  • 500 ml susu cair
  • 125 ml double cream
  • 60 gm gula perang
  • 3 biji telur
  • 1 steh esen vanilla
  • Buah peach (dalam tin) di hiris secukupnya
  • 2 sb gula pasir halus
PENYEDIAANNYA
  1. Panaskan ketuhar pada suhu 70C
  2. Sediakan bekas aluminium secukupnya.Boleh juga gunakan remakin/casserole (bekas kaca tahan panas)
  3. Susun roti di dalam bekas aluminium
  4. Di dalam satu bekas yang lain, campurkan susu, double cream, gula perang, telur dan esen vanilla.Pukul sehingga adunan rata.
  5. Tuangkan  perlahan-lahan di atas roti tadi dan tekan rotyi tadi sehingga ia meresap adunan.
  6. Biarkan roti terendam sebentar selama lebih kurang 20 minit
  7. Susun kepingan buah peach di atasnya.Taburkan sedikit gula halus.
  8. Bakar pada suhu 170C selama 40min.

2 comments:

mama sara nur said...

assalam
puding roti sedapnya
peach bertambah enak ni

adda syuhada said...

sedapnyer...