Saturday, March 29, 2014

Rendang Ayam

(Sekalung doa buat semua para penumpang dan anak kapal MH370..Salam takziah buat semua ahli keluarga yang terlibat....)

Assalamuaalaikum dan salam sejahtera

Hujung-hujung minggu ni duk lepak rumah tak tau nak masak apa...Belek-belek buku resipi jumpa lauk ni..Cuba lah....Adaptasi dari buku percuma saus ABC...Koleksi resipinya boleh tahan..Semuanya nampak memikat selera....

RENDANG AYAM
Sumber rujukan : Buku Resipi Dapur Bonda Dengan saus manis ABC 

BAHAN-BAHAN
  • 1.2 kg ayam (buang kulit dan potong anggaran 5cm
  • 800 ml santan pekat
  • 300 ml air
  • ½ cwn kerisik
  • 2 batang serai -ketuk
  • 2 helai daun kunyit
  • 1 s.bsr gula melaka - cincang
  • 1 keping asam keping
  • 75 ml saus manis ABC
  • garam secukup rasa
Bahan Kisar
  • 20~30 biji cili kering
  • 10-12 ulas bawang merah
  • 8 ulas bawang putih
  • 3 batang serai
  • 1 cm kunyit hidup
  • ½ cwn (125 ml) air
Rempah ratus
  • 6 biji buah pelaga
  • 10 biji bunga cengkih
  • 4 cm kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  •  2 s.bsr serbuk ketumbar
  • 1 s.teh serbuk jintan manis
  • 1 s.teh serbuk jintan putih
  • ½ s.teh serbuk lada putih
PENYEDIAANNYA
  1. Potong cili sepanjang 2cm dan rendam dalam air panas sehingga lembut.Bilas, buang biji dan sejat.Masukkan kesemua bahan kisar ke dalam blender dan blend sehingga halus.Ketepikan.
  2. Masukkan kesemua bahan kisar dan rempah ratus ke dalam periuk bersama santan pekat.Letakkan di atas api dan biarkan sehingga mendidih.kacau selalu sehingga kuah pekat.
  3. Masukkan ayam dan biarkan ia merenih 10-15 min atau sehingga ayam empuk.
  4. Tambah air,garam, kerisik, serai dan daun kunyit.Teruskan memasak di atas api sederhana selama 15 min.
  5. Akhirnya masukkan gula melaka,asam keping dan saus manis ABC.Biarkan 15 min lagi atau sehingga kuah pekat.Sedia dihidang.
Untuk kerisik
Ambil 2 cwn kelapa parut dan goreng di dalam kuali di atas api kecil.Kacau selalu sehingga garing dan berubah warna perang gelap (anggaran masa 20 min).Angkat dan sejukkan.Masukkan kelapa goreng ke dalam pengisar rempah elektrik dan proses ia sehingga menjadi pes lumat dan berminyak.