Showing posts with label Laksa. Show all posts
Showing posts with label Laksa. Show all posts

Wednesday, October 12, 2011

Asam Laksa...or...Laksa Penang...? ...

Assalamualaikum....

Asam laksa atau laksa penang...? Apa beza dia.....

Dulu masa duk kampung Sue bantai panggil je Laksa Penang..Tapi bila dah start berhijrah ke Kuala Lumpur, dah jumpa macam-macam nama, Asam Laksa, Laksa Utara, Laksa Penang etc...Sue tengok rupa dia sama jeeee..Tapi tak taulah kalau bahan dan penyediaannya yang membezakan kesemuanya...

Tapi Sue panggil ni Asam Laksa lah yaaaa...? Boleh....? ha ha ha ha ...

Sejak sekolah menengah dulu, Sue antara peminat tegar laksa ni, dan setiap minggu Sue akan ke pasar malam Dungun, tak pun kirim kat kawan untuk Laksa ni..Dulu2 tinggal kat hostel..So untuk keluar ke pasar malam, kitorang kena wakilkan untuk membeli makanan untuk satu dorm..Ahhhhh...lecehnya nak bawa dan menjinjing makanan banyak2....Jalan kaki plak tu..Tapi Sue main redah keluar je...Kata orang terengganu "maing tembo jeeee" Ha ha ha ha...Setakat hendap2 tepi pagar tu dah kerja biasa....Kisah lama...Simpan dalam lipatan sejarah Ok.....

Kembali ke menu kita hari ni, sebenarnya adalah satu petang tu masa balik kerja, tetiba nampak 'van bukak' (eh betul ke bahasa ni untuk van2 yang digunakan untuk jual makanan, kat satu tempat, dia parking dan bukak dinding then susun meja dan kerusi) jual asam laksa tu..Rasa macam nak singgah, tapi dah terlepas plak, nak u-turn malas lagi didorong rasa ragu2 takut tak kena selera walau tengok orang ramai jeeeeeee...So terus je lah balik rumah..Singgah econsave jap cari ikan selayang, nenas dan laksa..lain2 bahan dah ada stok...Balik terus prepare.....

Dan sebenarnya, sejak Sue hijrah ke Kuala Lumpur kemudian ke Shah Alam, Sue jarang sangat makan laksa ni, sebab banyak faktor yang membantutkan...Kata orang susah sangatlah nak jumpa yang kena selera....Maaf cakap yaaaa...memang banyak kalilah Sue akan buang laksa Sue bila beli kat luar, memang nampak membazir, tapi anak tekak ni betul2 tak leh terima...Selalu ada rasa hanyir kat anak tekak ni....Kadang2 tu dahlah tak cukup masam, tak cukup pedas, manis plaak tu....Terus bantut selera....Sebab tu selalu tahan selera bila gi pasar2 malam tak pun bazar2 bila tercium harum kuahnya, tapi selalu takut nak beli....Bukan cakap kat sini takde yang best..Tapi sesetengah tempat sahaja yang menepati selera....

Dan sampailah petang tu, dek rasa teringin sangat, so terpaksalah buat sendiri...Guna resipi dari kakak Sue, Kak Nor yang duk kat Kajang...Kalau nak kira, macam malas pasal nak makan sikit jeeee....bungkus lagi senang tapi dek takut keciwa...So terpaksalah rajinkan diri....

ASAM LAKSA
Resipi : Kak Nor @ Kajang (Kakak Sue)
Sumber :
Sue@Nenie


BAHAN-BAHAN
  • ½ bungkus laksa beras (direndam, rebus sehingga lembut dan toskan)

  • cili padi secukupnya (dipotong bulat2)
  • nenas (kupas, buang empulur dan cincang isinya)
  • Mentimun (kupas, buang empulur dan cincang/hiris nipis)
  • 1 labu bawang merah (potong membulat)
  • Beberapa biji limau kasturi
  • Beberapa biji telur rebus

Untuk Kuah (seperiuk berdiameter 20cm~lebih kuranglah)
  • 7 ekor ikan selayang/sardine (Direbus dengan sedikit air+asam keping+garam dan ambil isi ikan~kisar guna air rebusan tadi)
  • 1 kuntum bunga kantan (belah 4)
  • 5~10 tangkai daun kesum (boleh dapat lebih kurang segenggam daunnya)
  • 2~3 keping asam gelugur/keping
  • Garam secukupnya

  • *1 labu bawang besar
  • *1 kuntum bunga kantan
  • *10 tangkai cili kering (direndam air panas sehingga lembut dan toskan) ~Tapi Sue tak sempat rendam pasal nak cepat....tu yang tak halus betul2 tu cilinya...Biasalah, blender 'ayam brand'
  • *sedikit belacan (kesemua *dikisar)

PENYEDIAANNYA

  1. Untuk Kuah : Masukkan air ke dalam periuk bersama bahan2 kisar, asam keping, bunga kantan, daun kesum dan isi ikan yang sipa diblend.
  2. Masak sehingga mendidih..Perasan secukupnya dan terus merenih kuah sehingga kuantiti kuahnya menjadi 3/4.
  3. Untuk Menghidang : Masukkan laksa ke dalam mangkuk, tuang kuah secukupnya dan taburkan bahan2 hiasan/ulaman mengikut citarasa..Sedia di nikmati....Simple..