Terguda ngan tayangan amal Kak Gee beberapa hari sudah...Masuk list then cuba buat..Emmmmm memang sedap dan wangiiiii je ngan keharuman bunga kantan...
He he he he, gambar sememeh dan main tangkap muat jeee.Almaklumlah sekarang dah tak cukup tangan...Anak-anak pun dah semakin membesar..Jadi balik keje, lepas maghrib je mesti terus masuk dapur then masak cepat2..Dan perkara yang paling tak tahan, bila siap je hidangan, mereka terus serbu..Jadi kalau ada yang perasan, lately ni memang gambar makin teruk (main tangkap muat) sebab kena snap takat sempat...Dah tak sempat posing2 lagi..Tapi atas semangat untuk share dan panjangkan resipi untuk rujukan sendiri dan sesiapa sahaja, so buat jugalah beberapa entri sekadar yang sempat....
Apa-apa pun thanks buat Kak Gee untuk resipi ni...Sesekali ubah selera seronok jugaaaa....Hasilnya..Memang sedapppppppp....
TUMIS SOTONG BUNGA KANTAN
Sumber : Kak Gee @ Corat Coret Panorama Kehidupan
BAHAN-BAHAN
- 5 ekor sotong sederhana besar- bersihkan dan potong kecil
- 3 kuntum bunga kantan - hiris nipis
- Garam secukupnya
- Sedikit sos tiram
Bahan kisar
- 1 biji bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 1/2 inci halia
- 1 inci lengkuas
- 1 batang serai
- 2-3 biji cili padi
- Sotong digaul garam dan kunyit dan goreng sekejap. Angkat dan ketepikan.
- Tumis bahan kisar dan masukkan bunga kantan yang dihiris tadi. Tambahkan sedikit air dan biar sekejap.
- Bila sudah agak kering masukkan sotong yng digoreng tadi.
- Tambahkan sos tiram dan garam secukupnya. Siap.


























