Monday, February 22, 2010

Sup Tauhu dan Cendawan

Salam dan selamat Petang....Waahhhhh lamanya kite tak n3 hasil masakan kita untuk santapan mata korang semua.....Dah kenyang menjamu mata ngan nasi jagung yang tak berlauk tu, apa kata kali ni kita jamu mata ngan sayur-sayur sihat pula..Resipi ni ambik dari blog Qistina yang nunnnnn jauh dari UAE sana yang diambik dari blog CMG yang berada di Selatan Tanahair..Kiranya dah penat sup ni jalan² kat negara orang, tingin pula dia pulang ke tanah airnya..Tapi silap tempat landing pula, jatuh kat Pantai Barat Semenanjung Mesia...

Yang sebenar² sup ni dah berkali² pun menjadi hidangan, tapi selalu jeee lupa nak posing...Jadi kali ni kita pun merajinkan diri tayang kat sini....Sebab sup ni memang sedap, jadi apa salahnya kita note kan saja kat sini...Len kali senang nak buat rujukan....

Apa-apa pun kita nak ucapkan terima kasih buat CMG yang sudi berkongsi resipi simple tapi sedap ni dan juga buat Qistina yang telah memanjangkannya...Dan kita pula nak panjangkan resipinya ke sini...Minta halal yaaa CMG n Qist....

BAHAN-BAHAN
  • 2 tube tauhu jepun, potong 8 setiap tube (Sue goreng dulu)
  • 250 g cendawan telinga tikus, jenis segar, dipotong kecil (Guna dried punya)
  • 100 g fucuk, potong kecil dan rendam hingga lembut, toskan
  • 1 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan tumbuk kasar
  • 1 cekak soo hoon, potong dan rendam hingga lembut
  • 1 biji bawang besar, dihiris halus
  • 3 ulas bawang putih, diketuk
  • Garam secukup rasa
  • Secubit gula
  • Air secukupnya
  • Hirisan daun sup/daun bawang*
  • Bawang goreng*
  • Lada kicap*(*bahan sampingan)

PENYEDIAANNYA
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bawang besar, bawang putih dan udang kering tumbuk hingga harum. Masukkan air secukupnya (anggaran 1200 ml). Biar mendidih.
  2. Masukkan tauhu kering (fucuk) dan cendawan tadi. Masak hingga fucuk lembut, masukkan soo hoon dan tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Kacau rata. Biar mendidih perlahan dan masukkan tauhu.
  3. Masak 5 minit lagi dengan api kecil, rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan. Kalau nak pedas boleh tambah sedikit lada kicap

4 comments:

mamaaerish : said...

cam sedap la.... nk cikit... hik3... (maklom... mls msk)... huwaaaaaaa

Sue @ Nenie said...

Sedap sehingga menghirup mangkuk..kih kih kih..jommmm....

Zaitun said...

Sup memang kegemaran kak Zai, mesti nak cuba.

Sue @ Nenie said...

Salam Kak Zai..
Saya pun suke jenis² bersup ni...buh fish ball/cake n tauhu banyak² sedap ratah ni...