Friday, November 12, 2010

Sup Ayam Dengan Lengkuas

Dah lama tingin cuba resipi ni, tapi asyik tertangguh je...Thah cam ne tetiba pula tergerak hati nak mencubanya..Not bad..Lagi-lagi hirup supnya time panas-panas, pahtu jangan lupa pecahkan cilinya sekali...Fuhhhhh...memang besttttttttt...

Apa lagi, nak ucap gak syabas kat Kak Yani pasal berjaya menarik minat mencuba resipi ni..Bukan apa, dah lama nampak ia kat belakang kotak kiub pati ayam knorr tu, tapi thah camne tak pernah tergerak & terlintas pula mencubanya sehinggalah tgj kat post Kak Yani kat MYR.....Apa-apa pun nak gakkkkkk tampal resipinya sini.....

BAHAN-BAHAN
  • 1.5 liter air
  • 1 kiup pati ayam knorr
  • 4cm lengkuas, buang kulit dan hiris nipis-nipis
  • 300g isii ayam, hiris nipis.
  • 5-6 biji cili burung-titik
  • 1/4 cawan santan
  • 2 sudu besar sos kan
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu besar jus limau nipis
  • daun ketumbar utk hiasan- hat ni xde lam stok.. so main tabur je dgn daun bawang.

PENYEDIAANNYA
  1. Masukkan air dan kiub ayam ke dlm periuk. Letak atas api sederhana sehingga mendidih. Tambah hirisan lengkuas. Biarkan selama 5 minit. Masukkan pula isi ayam. Masak 5 minit lagi.
  2. Tambahn cili burung, santan dan gula. Tunggu sehingga mendidih. Masukkan sos ikan dan jus limau nipis. Angkat. Hidang segera. Hias dgn daun ketumbar.

Sup versi Daun Ketumbar kehabisan stok..kih..kih..kih..

No comments: