Thursday, November 11, 2010

Rendang Udang Serambi

Resipi dari buku masakan Santapan Lauk Pauk Tradisi Pak Engku...

BAHAN-BAHAN
  • 1 kg udang
  • 2 batang serai (ketuk)
  • 1 lit santan
  • 1 sb serbuk cili
  • 1 sb lada hitam biji
  • 2 helai daun kunyit (siat halus)
  • 2 keping asam gelugur
Bahan Kisar
  • 10 batang serai
  • 20 tangkai cili padi
  • 2 inch halia
  • 4 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 4 inch lengkuas
PENYEDIAANNYA
  1. Masukkan kesemua bahan kisar dan serbuk cili ke dalam kuali
  2. Kemudian masukkan santan, serai ketuk, asam gelugur dan udang.Masak sehingga kuahnya pekat.
  3. Akhirnya masukkan lada hitam, daun kunyit dan garam secukupnya.Kacau rata.
  4. Sedia dihidang.

3 comments:

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam Ninie...apa kabar?lamanya k.atie x dtg kesini....blh dicuba resepi udang nih!

Sue @ Nenie said...

Salam Akak..hu hu hu kite pun rindu kat semua...Pun selalu terkilan pasal tak dapat lagi berblogwalking cam dulukala..Cuma cilok2 n jeling2 sekilas jeeee...tak dapat tinggal jejak2..

Cubalah kak..Kalau ikut piawaian kat anak tekak ni memang lulussss...

moklong said...

lps ni sure buat. tliur dah nih.