Thursday, January 27, 2011

Kacang Panjang Goreng Hati & Pedal

Salam..Dah lama benar tan makan sayur ni..Suka memang suka makan hati ayam, tapi untuk kesihatan takleh selalu..Sesekali nak lepas rasa teringin apa salahnya kann.....

Ambik resipi kat sina dan kopipes pula kat sini...Boleh gitu...?

BAHAN-BAHAN
  • 10 batang kacang panjang
  • 3 ketul hati ayam
  • 3 ketul pedal ayam
  • 3 biji bawang putih
  • 4 biji bawang merah
  • 2cm kunyit
  • 3 biji cili padi
  • garam dan minyak masak
PENYEDIAANNYA
  1. Potong kacang panjang, hiris hati dan pedal ayam kecil-kecil.
  2. Kemudian, tumbuk kunyit, sebiji bawang putih serta garam. Perapkan bahan yang ditumbuk tadi dengan hati dan pedal ayam yang telah dihiris.
  3. Kemudian, gorengkan (tanpa minyak) hati dan pedal sehingga kering. Kemudian, masukkan minyak secukupnya.
  4. Sambil menggoreng hati dan pedal tu, hiriskan bawang putih, bawang merah dan cili padi. Bila hati dan pedal tadi dah agak2 keperangan, bolehlah dimasukkan bawang2 dan cili padi tadi.
  5. Bila semua bawang tu dah layu, bolehlah dimasukkan kacang panjang.
  6. Goreng sehingga kacang panjang tu masak, tapi jgn terlalu lama sangat.
  7. Bolehlah dihidangkan untuk satu keluarga.

No comments: