Friday, January 28, 2011

Kuih Ketayap

Emmm...Tetiba pula teringin nak makan kuih ketayap ni...Cari-cari resipi dan jumpa ngan resipi ni dari MYR kat dapur princessharyatie...

Sedapppp.Ada rasa lemak-lemak kat kulitnya....Sedap..Anak-anak pun main makan kulitnya ajeee tanpa inti, macam makan lempeng
...

BAHAN-BAHAN

Untuk Kulit
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 2 helai daun pandan
  • 1 1/2 cawan santan (boleh diganti dgn fresh milk)
  • 1 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar minyak masak
  • Beberapa titik pewarna hijau
Untuk Inti
  • 1/2 biji kelapa parut
  • 3/4 cawan gula merah (boleh dikurangkan)
  • 1 helai daun pandan


PENYEDIAANNYA


Untuk Inti
  1. Masukkan kelapa parut dan gula merah tadi serta sehelai daun pandan.
  2. Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah selama 10-15 minit.
  3. Inti akan menjadi warna keperangan. Angkat. Buang daun pandan tadi.
Untuk Kulit
  1. Kelapa parut tadi di blend dengan daun pandan dan perah, ambil patinya.(Jika u all guna santan segera, just blend dengan daun pandan dan tapis.)
  2. Ambil tepung masukkan ke dalam mangkuk letakkan secubit garam dan campurkan pati santan yang telah di blend dengan daun pandan tadi. Kacau sehingga sebati .
  3. Kemudian masukkan telur serta minyak dan kacau lagi.(Jika u all nak warna original ketayap tak payah guna pencelup, sebab warna daun pandan tadi akan membuat adunan tadi warna hijau, jika u all nak tambahkan sedikit lagi perwarna, letaklah 2-4 titik ke dalam adunan anda)
  4. Panaskan pan, letakkan sedikit minyak dan sendukkan 1 senduk adunan tadi dan layangkan pan agar adunan tadi bulat.
  5. Masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama.
  6. Setelah angkat terus masukkan inti dan gulung. (Cara gulung; , lipat kedua dua tepi sedikit dan gulung melentang. Ulangi sehingga adunan tadi habis. Siap untuk disantap)

5 comments:

HALAMANKU said...

Salam akak.. ni kuih febret SK.. he he he nampak sedap n cantik jek..

Sue @ Nenie said...

Salam Erma,

Yaaa..guna resipi dari princesssharyati ni memang best..dari kulit sampai ke intinya...just nice

Nieza said...

As salam Sue, menarik ni..suka mkn kuih ni tapi sejak dok sini tak ada kelapa fresh nk buat pun malas...kalau guna kelapa kering tak sesedap yg fresh..btw tumpang mkn sini lah yer..hehe

Nazrah Bakery & Dunia Kuih said...

Salam Sue..yang ni memang favourite laki akak..tapi akak tak pernah wat lagi...asyik beli kat pasar malam jer hehehe..sekali sekala bole gak cuba ni ...cantik warna hijau dia...

Sue @ Nenie said...

Salam

Kak Nieza,
opppsss...kak, kalau kelapa kering tu ditambah susu siket masa masak intinya, agak2 boleh jadi Ok siket tak..mana tau nanti ia boleh jadikan intiku sedikit lembap...

Nazrah,
apa lagi kak..lepas ni bolehlah cuba...