Saturday, January 29, 2011

Lala Berempah Kunyit

Lamanya tak makan lala..Sesekali ubah selera, masak berempah kunyit pula....Resipi asal cedok kat majalah Sedap....

BAHAN-BAHAN
  • 1 kg Lala
  • 1 batang serai (Dititik)
  • 3 cm halia (Hiris/ketuk)
  • 3 ulas bawang putih (Diketuk)
  • 1 helai daun limau purut ~Sue tak buh
  • 1 helai daun kunyit (dicarik)
  • Secubit serbuk kunyit
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit air
  • Minyak untuk menumis
  • Cili padi (Masukkan selepas masukkan lala, kalau nak tambah kepedasan) ~Optional
Bahan Kisar
  • 2 batang serai
  • 2 cm lengkuas
  • 2 cm kunyit hidup
  • 6 biji cili hijau
  • 4 ulas bawang merah
PENYEDIAANNYA
  1. Tumiskan serai, bawang putih, halia dan bahan kisar sehingga wangi dan terbit bau.
  2. Masukkan serbuk kunyit, lala, garam dan daun kunyit.
  3. Masak sehingga cengkerang terbuka lebih kurang 15 min.Sedap dihidang panas-panas...

2 comments:

Unknown said...

sedapnya lala, lama tak mkn ni terliur nengok ni...:)

Sue @ Nenie said...

Salam..emmm kat sana susah nak dapat Lala yaaa...