Saturday, January 29, 2011

Tumis Bendi Pedas & Telur

Suka sangat goreng bendi cara gini..Boleh ratah-ratah lagi sambil makan nasi...

BAHAN-BAHAN
  • Sayur bendi secukupnya (Di bersihkan dan potong serong)
  • 1 biji telur
  • *3 ulas bawang merah
  • *2 ulas bawang putih
  • *2 tangkai cili merah ~Jika mahu lebih pedas boleh juga campurkan sekali 2~3 tangkai cili padi
  • *Sedikit ikan bilis (Kesemua bahan * di blend kasar)
  • Garam dan gula secukup rasa
PENYEDIAANNYA
  1. Tumis bahan blend sehingga terbit bau/pecah minyak
  2. Masukkan bendi kacau sehingga sedikit layu.
  3. Sementara itu, pecahkan telur di dalam mangkuk dan kacau sekadar bercampur putih dan kuningnya.Masukkan ke dalam (2)
  4. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.Kacau sebati sehingga kesemuanya masak.
  5. Sedia dihidang...

No comments: