Sunday, January 30, 2011

Muffin Coklat Tanpa Telur

Salam hari minggu..Dah sarapan ke belummmm...? Apa kata pagi ni kita layan muffin coklat pula..Cepat dan mudah je penyediaannya..Dalam masa tak sampai sejam pun dah boleh ngappppppp.....Sedappppp pula tuuuu..

Apa-apa pun kita berterima kasih pada Akma 4th yang sudi share resipi ni kat MYR....Dan macam biasalah, resipi bawah sini dah diubah suai sikit sukatannya..Kalo nak tengok yang ori bolehlah lawat sana yaaaaa.....


BAHAN-BAHAN

Bahan A
  • 3/4 cawan gula perang
  • 1 1/2 cawan gandum
  • 1 1/2 camt baking powder
  • 1 camt baking soda
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1 camt serbuk kopi/nescafe
Bahan B
  • 1 cawan susu segar
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 1 cawan air panas
  • 1 camt esen vanila
PENYEDIAANNYA
  1. Bahan A digaul sebati.
  2. Masukkan bahan B dan gaul rata. Adunan sedikit cair, isikan ke dalam mangkuk kertas.
  3. Bakar dalam oven bersuhu 200C selama 15 minit.
Versi yang ditambah harga taburan badam dan chip choc

Penyediaan mudah....Hasil yang lembut dan sedapppppp

3 comments:

Unknown said...

sue, menariklah resepi ni nanti nk cuba jugalah..nampak pun sedap mai nk tukar ngan burger malaysia la...hehe

Chik Mimi said...

Assalam nenie,wow muffin tu nmpk best la nak cikit

Sue @ Nenie said...

Salam

Kak Nieza, itulah..Sue pun try n error je..takut gak tak jadi pasal main bancuh-bancuh jeee...Tapi hasilnya memang puas hati..setakat ni dah berkali-kali buat pasal senang, cepat dan sedappppp

Kak Mimi,
Silalah ambik seketoi dua...tak cukup nanti bancuh sendiri yaaaa..keh keh keh