Monday, January 31, 2011

Ayam Kicap Lada Hitam

Salam..La la la la la...Gumbira sungguh rasa hati hamba..Dalam kemalasan penat-penat badan begini masih ada cara nak sediakan hidangan yang sedap dan boleh membangkitkan selera....

Apa-apa pun ucap terima kasih dulu buat tuan empunya resipi, Kak Hana yang berada nunnnn jauh dirantauan....Dan seperti biasanya, dah siap makan-makan masak-masak, mesti nak abadikan resipinya kat sini pula...Minta Halal yaaaa tuan nye resipi....

BAHAN-BAHAN
  • 400g ayam - potong kecil2
  • 2 inci halia muda - hiris halus
  • 3 ulas bawang putih - parut
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2sk maggi seasoning
  • 1@1/2 sk lada hitam
  • cili padi ketuk *jika ingin pedas
  • 1 batang serai - titik *optional
  • 1/4 cawan air
  • garam jika perlu


PENYEDIAANNYA

  • Gaul semua bahan dalam mangkuk kecuali air. Perap sebentar 10-20min.
  • Panaskan kuali non stick dengan sedikit minyak. Masukkan ayam tadi dan juga sedikit air. Tutup dan biarkan masak hingga air kering dan terbit minyak dan sticky seperti ayam bakar.Sesekali balik2kan.
  • Sebelum matikan api, pastikan ayam masak, jika blom tambahkan lagi air dan masak lagi hingga kering.Angkat dan hidangkan.

2 comments:

Nieza said...

sedap manu ayam akak ni.. saya suka juga masak mcm ni...maunya bertambah nasi ni kalau mkn..hehe

Sue @ Nenie said...

Salam Nieza,
Haaaa sesekali layan lauk kering-kering cam gini memang sedappppp