Salam...Dah tak tau nak masak apa lagi ngan bendi ni..Asyik tumis pedas ngan telurrr je..Rasa jemu juga...Dalam pada cari idea tu, tersinggah jap kat Dapur MYR ni then nampak pula resipi ni...Agak ringkas tapi sesekali nak ubah selera apa salahnya kannnn...Kebetulan pula ada pedal 2~3 ketul kat dalam esbox tu..Apa lagi belasah jelahhhhh
BAHAN-BAHAN
- 10 biji bendi di potong serong
- 6 ketul pedal ayam (boleh di ganti dgn seafood , ayam dan daging)
- 5 biji cili api di potong halus ( boleh juga dikisar)
- 2 ulas bawang putih di mayang halus
- 1 biji bawang besardi mayang halus
- Lada sulah
- Garam dan ajinamoto
- Pedal di potong kecil kecil kemudian campur sedikit garam dan kunyit. Panaskan minyak kemudian goreng sehingga kekuningan. Kemudian masukkan bawang putih serta cili api. Goreng hingga layu, kemudian masukkan bendi dan bawang. Masukan lada sulah, garam dan ajinamoto. Siap untuk di santap bersama.
- *Bendi jangan digoreng lama kerana bendi akan layu dan keluarkan lendir nanti.
No comments:
Post a Comment