Monday, November 14, 2011

Kari Ayam Bombay

Assalamualaikum salam sejahtera buat semua...Pejam-celik-pejam celik nampak gayannya berbaki lagi 47hari untuk kita melangkah ke tahun 2012..InsyaAllah jika ada keizinan darinya...

Dan jika tiada aral melintang tahun depan Sara dan nak melangkah ke Tadika..Sekejap je rasanya..Dan hati pun turut berdebar2 nak lepaskan Sara ke Tadika..Berdebar bukan sebab nak hantar dia ke Tadika tapi sebab terpaksa guna 'driver@van persendirian' untuk tranfer Sara dari Tadika ke Taska...Maklumlah sekarang kan banyak kes2 yang agak menakutkan.(Semoga Allah sentiasa melindungi dan dijauhi dari segala perkara yang tidak diingini)......Kalau ikut hati, rasanya Mama dia lebih rela berhenti kerja dan start tumpukan kepada anak2 tapi keadaan amat tidak mengizinkan....

Ok..kita kembali kepada hidangan yang pernah Sue cuba 2~3 hari yang lepas...Time tu rasa macam malassss sangat nak berlama-lama kat dapur...Tetiba pula teringat kat resipi ni...Terus selongkar resipi2 yang pernah Sue kopipes dan print...Fuhhh sib baik jumpa, so terus jelah bereksperiman...Dan hasilnya alhamdulillah...Sedappppppp.....

Bukan setakat makan ngan nasi jeee, nak makan ngan roti canai pun sedap...Malam buat lauk dinner dan jika ada lebihan, keesokannya bolehlah dipanaskan, sediakan roti canai pula untuk sarapan...Kuahnya lagi dipanaskan lagi pekat dan mesra jeee rasa karinya...


KARI AYAM BOMBAY
Sumber : Treat & Trick@myresipi.com
Kopipes
:
Kak Ayu@Singapore

BAHAN-BAHAN

Bahan-A
  • 3 biji bawang besar hiris tipis
  • 2 sb pes halia dan pawang putih
  • 3 sb rempah kari ayam
  • 1 sb cili kisar
  • 2 btg cili hijau belah jgn putus
  • 1 btg kayu manis
  • 1/2 cawan minyak
  • 2 cawan air
  • 2 biji tomato potong kecil2
  • segenggam daun pudina ambil daunnya dan cuci-(Ayu tak ada stok so gunakan daun kari aje) ~Sama
Bahan-B
  • 1 ekor ayam potong 8-10, cuci bersih
  • 1/2 cawan tairu
  • 2 biji kentang potong baji
  • garam secukup rasa
  • air jika perlu

PENYEDIAANNYA

  1. Masukkan bahan A kedlm periuk, kacau rata, tutup periuk dan masak hingga mendidih dgn api kecil.
  2. Buka periuk, masukkan bahan B dan masak hingga ayam empuk tambah air jika terlalu pekat.
  3. Tambah garam jika perlu, sedia utk di hidangkan dgn nasi, naan atau roti.

16 comments:

ady said...

as-salam sue
tgk pun dah tahu sedapnye..cecah dgn roti pun sedap..

Amie said...

Assalam Sue,
memang sebagai ibu perlu ada sikap was-was=waspada terhadap keselamatan anak terutama macam Sara,

kari ayam bombay tu sungguh menyelerakanlah Sue... kari masak cara begini , yg tak bersantan memang kakak suka sangat!

Amie said...

Assalam Sue,
memang sebagai ibu perlu ada sikap was-was=waspada terhadap keselamatan anak terutama macam Sara,

kari ayam bombay tu sungguh menyelerakanlah Sue... kari masak cara begini , yg tak bersantan memang kakak suka sangat!

Chik Mimi said...

Nenie nampak menarik ayam bombay tu boleh masuk list ni

hazila said...

Agaknya macam kari ayam mamak la kot..

Liza said...

salam sue...bak mai semangkuk..nk mkn dgn roti jala....hihihiih

Asmara said...

tengok resepi pun tau sedap nih. :D
*tu la kan mesti risau anak nak masuk sekolah. :)

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Salam Sue.Lama tak jenguk sue,jangan susah hati pasal anak nak gi tadika tu.Insyaalah semuanya akan ok.Ambil la cuti sehari 2 untuk ikut van tu dari blakang.Bagitahu dgn driver elok2,insyaalah dia paham kalau kes budak2 baru.

EmbunRosaliza said...

Assalam Nenie, sedap nmpk ayam bombay tu, Itu lah yg menjadi kerisauan ibu bapa,pada hari mula2 persekolahan, betul kata puan ros tu, sue perhati dari jauh tgk dia naik van dan tgk tempat yg dia turun tu, tgk 2 3 hari je. Insyalallah, semua mama akan lebih2 kerisauan dari anak heheh

Mieza said...

salam sue..memang begitu lah perasaan kita sbg ibu..takut sebab zaman skg ni jenayah byk sangat...kalau boleh rasa nak berenti kerja dan nak jaga anak je supaya pasti depa selamat..sama2 lah kita berdoa kpd Allah agar menjaga anak2 kita dr sebarang kejadian buruk..insyaAllah

kari ayam ni kan sue kalau makan dengan roti jala sedap nya sue..kekadang makan dgn roti gardenia pun boleh habis 2-3 keping heheeh

Nuridah said...

Assalamualaikum Sue,

sedapnya nampak kari ayam bombay tu...cicah ngan roti pun sedap erk sue?? Lepas tu ptg2 mkn pulak kudapan choc chip tu lagi sedap terus terduduk kalau akak nie...hehe.

Sue @ Nenie said...

Salam..

Ady, betul tu, kalau rajin bolehlah buat roti jala, kalau kurang rajinnya, bantai jelah roti canai segera...besttttt...

Kak Amie, saya dulu pun selalu fikir macamana rupanya kari tanpa santan yaaaa..bila dah cuba sendiri, not bad...

Betul Kak, lagi-lagi ni 1st time saya nak lepaskan anak untuk berdikari, ada sedikit kerungsingan...

Kak Mimi...haaaa...nanti dah sampia serunya bolehlah cuba..InsyaAllah, tidak mengecewakan...

Sue @ Nenie said...

Kak Hazila, cuma kalau kompare ngan yang mamak punya, yang ni kurang berempah siket..apa-apa pun tetap mabelesssss....

Kak Liza, emmm sedapnya roti jala, tapi lama betul saya tak menjala...

Kak As...Betul tu..lebih2 lagi main tranfer2 tu yang buat terlebih risau tu...Sebab kalau kita sendiri yang ambil, lain siket rasanya....

Sue @ Nenie said...

Kak Ros...Terima kasih atas panduan2 yang pernah kak Ros bagi kat e-mail dulu yang mana telah saya gunakan sebagai guardline...

Kak Liza...emmm ada masa nanti bolehlah cuba juga....sedap....

Itulah, saya dah beberapa minggu excited sangat bila anak dah start melangkah ke sekolah tapi tetap berdebar untuk lepaskan dia berdikari....Tapi kita tetap kena bagi dia peluang untuk dia menerokai dunianya...dengan bimbingan kita....

Sue @ Nenie said...

Kak Mieza...Itulah, sebab sekarang ni terlalu banyak kes2 yang agak menakutkan disiarkan di media masa yang sedikit sebanyak mempengaruhi emosi kita untuk lepaskan anak2....

Kak Nur...Betul tu, nampak gayanya kari ni dah boleh dipelbagaikan cicahannya....Sedap pun sedap....

Ayu said...

Assalam sue, baru hari ni sempat nak bw..kari ayam bombay confirm dah habis..huhu tak dapatlah akak nak ngendeng ya..hehe..memang sedap kari nikan sue..akak pun suka bayangakan dah 2x buat..next time kalau nak masak kari cuba yang ni aje dah cukup dah..thanks ya sue sudi cuba..