Friday, December 4, 2009

Bubur Labu

BAHAN-BAHAN
  • 1/2 labu (buang kulit, dipotong kiub sederhana besar dan dibersihkan)
  • 500 ml santan
  • 1 sb sagu biji (direndam dalam air panas sehingga kembang)
  • Gula secukupnya (boleh gak digantikan dengan gula merah)
Bancuhan tepung (optional)
  • 2 sb tepung gandum
  • sedikit garam
  • Air secukupnya
  1. Kesemua bahan di atas dibancuh sehingga membentuk adunan pekat macam nak buat cekodok
PENYEDIAANNYA
  1. Rebus labu dengan sedikit air (agak-agak menutupi labu) sehingga empuk.
  2. Sudu-sudukan (buat kecil-kecil) bancuhan tepung ke dalam (1) dan rebus lagi sehingga tepung masak.
  3. Masukkan biji sagu dan gula secukupnya.
  4. Pastikan kesemua sagu bertukar transparen sepenuhnya barulah dimasukkan santan.
  5. Kacau seketika dengan api perlahan, hati-hati jangan sampai santan pecah minyak.
  6. Tutup api dan sedia dihidang samada panas / sejuk mengikut selera...

No comments: