Monday, December 28, 2009

Daging Bersos Pedas

Kalau biasa bila masak nasi minyak, mesti nak wat ayam masak merah/madu...Teringin gak nak wat gulai ayam Trg style..Tapi rasanya belum bersedia lagi...

Bukak Esbox, ayam tinggal lagi dua ketul..Yang ada hanya daging dan sedikit udang dan sotong...Dalam duk garu-garu kepala (bukan ada kutu tawwwww) sambil belek2 koleksi resipi yang ada, tetiba hati tertarik tang resipi ni...

Emmm..Not bad, tapi saya tak buh kesemua jenis cili@lada seperti yang dalam resipi tu...Sekadar pes cili, serbuk lada putih dan 2~3 biji je cili padi..Itu pun dah cukup buat sambal tu hangat tapi best...Bukan masuk bakul angkat sendiri ni...Tapi ikut piawaian owang kat rumah ni lah....Tekak orang len kite tak tau lahhhh....

BAHAN-BAHAN
  • 500 gm daging batang pinang
  • 1/2 biji ladabenggala merah
  • 1/2 biji lada benggala hijau
  • 1 batang lobak merah
  • 4 helai daun lima purut
  • 1 biji tomato (potong baji)
  • 100 ml santan peat
  • 1 tangkai daun ketumbar (optional)
Bahan perasa
  • 2 sb sos iksn
  • 1 s.teh gula melaka
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1/2 s.teh serbuk perasa (optional)
Pes Rempah (campur sedikit air sehingga sebati)
  • 1 s.teh rata serbk ketumbar
  • 1 s.teh rata jintan putih/halus
  • 1/2 s.teh lada putih serbuk
  • 2 s.teh penuh cili serbuk
  • 1 s.teh lengkuas serbuk
Tumisan (blend membentuk pes)
  • 5 biji buah keras
  • 2 batang serai
  • 5 biji bawang merah
  • 4 tangkai cili hijau
  • 3 tangkai cili merah
  • 3 tangkai cili padi merah
  • 3 tangkai cili padi hijau
  • 1 s.teh belacan
Pemerap
  • 1 sb minyak masak
  • 1 s.teh gula
  • 1 s.teh sos ikan
PENYEDIAANNYA
  1. Satukan bahan-bahan tumisan dan pes rempah.ketepikan.
  2. Gaul daging dengan bahan pemerap dan 2 s.besar daripada (1).Gaul sebati dan ketepikan.
  3. Panaskan kuali, goreng lada benggala dengan 1 s.besar minyak masak selama 1/2 min.Angkat.Renjiskan sedikit air.Ketepikan.
  4. Tambah lagi 1 s.besar minyak masak dan goreng lobak merah.Angkat.Ketepikan.
  5. Panaskan kuali yang sama sehingga panas sekali.Tambah 1 s.teh minyak masak dan separuh daging.Ratakan dan meliputi dasar kuali.Balikkan sekali dan masak selama 1/2min. sahaja.Ketepikan.Ulang untuk baki daging.Ketepikan.
  6. Bersihkan kuali, panaskan 4 s.besar minyak masak dan masukkan daun limau purut, tomato dan (1).Tumis lebih kurang 5 min.
  7. Tuang 1/4 santan, kecilkan api dan tumis sehinga pecah minyak.
  8. Masukkan daging, Kacau sehingga sebati rempah dengan daging.Tutup kuali, renih sehingga daging empuk.Tambah sedikit air panas jika perlu.
  9. Masukkan baki santan dan bahan perasa.Masak sehingga wangi dan kuah menjadi pekat.
  10. Masukkan (3) dan (4).Kacau goreng lebih kurang 1/2 min.Masukkan daun ketumbar jika suka.
  11. Besarkan api dan kacau goreng seketika sehingga semua bahan sebati.
  12. Sedia di hidang.

2 comments:

HaSue said...

Banyak gak rempah2 dalam masakan daging ni ek..mesti sedap nih.nak rasa sepinggan..heee

Sue @ Nenie said...

HaSue...
Bahannya nampak macam banyak kan? Tapi perasan tak bahan2 tu nampak banyak pasal dia guna/senaraikan hampir semua jenis cili@lada...

Cuma nak masak dia cerewet sikit..byk sgt sangat peringkat..Tapi hasilnya memang tak mengecewakan...Kat anak tekak kite lah, owang len tak tau...