Monday, December 28, 2009

Nasi Minyak Hujan Panas

Bila dah kering idea tak tau nak makan nasi apa, tapi mau gak yang sedikit bervariasi...Nasi ini lah yang jadi pilihan...Senang dan sedap.Resipi asal dari Mak Yong kat MYR....Tapi Kadangkala aku tokok tambah sikit ikut 'order'.......

BAHAN-BAHAN
  • 4 cawan beras basmati
  • 5 cawan air
  • 2 kiub ayam (Sue jarang buh ni)
  • 2 helai daun pandan
  • pewarna merah, kuning dan hijau
Bahan tumis
  • 1/2 inci halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang besar
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
Bahan hias
  • bawang goreng
  • kismis
PENYEDIAANNYA
  1. Cuci beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.
  2. Hiris nipis-nipis halia dan mayang semua jenis bawang
  3. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan tumis sehingga bau wangi
  4. Masukkan beras dan gaul rata.
  5. Masukkan air, kiub ayam dan daun pandan.
  6. Masaklah nasi sehingga masak
  7. Bila nasi kering, letakkan 1-2 titik untuk setiap pewarna kuning, merah dan hijau ditempat yang berasingan. Bila dah masak, gembur-gemburkan nasi tu.
  8. Hiaslah dengan bawang goreng, gajus atau kismis jika suka

4 comments:

TintaCyber/DapurkuBerasap said...

belum lunch lagi nie...makin lapar tengok nasi tu...nak sepinggan je..hihihi

LOVE2COOK said...

Love pun lum lunch lagik! Dah bawak pinggan dah ni! Kita makan kat sini jer la! ;)

E-na Zarina said...

nasi satu nak ayam masak merah seketuiii...he he bole ke order2 gitu??

Sue @ Nenie said...

Tinta~Love,
Tak yah bawak pinggan..Nanti kite sediakan pinggannya....

E-na,
Hari ni ayam masak merah tarak...Len kali order yaaa....keh keh keh...