Wednesday, December 16, 2009

Kacang Panjang dan Udang dengan Sos Santan

Wahhhh...ha ha ha...Panjang bebenor namanya...Kenapa seperti itewww? Pasal kat buku itew buh nama ini....Sebenarnya sayur goreng biasa 2 in 1 jeee...Satu lagi resipi yang aku cilok dari Buku masakan dari singapore..

BAHAN-BAHAN
  • 500 gm udang (dibuang kulit dan dibersihkan)
  • 250 gm kacang panjang (aku gantikan ngan kacang buncis)
  • 50 ml santan pekat
  • 125 ml santan cair (50 ml santan pekat + 75 ml air)
  • minyak masak untuk menumis
  • garam secukup rasa
Bahan tumisan (diblend sehingga membentuk pes)
  • 1 labu bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 biji buah keras
  • 5 tangkai cili kering (dipotong, rendam air panas sehingga lembut)
  • 1 batang serai (dititik)
PENYEDIAANNYA
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dan serai sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan gula dan garam secukupnya juga 1/2 (25 ml) dari sukatan santan pekat.Masak lebih kurang 1 min.
  3. Masukkan udang dengan api sederhana besar sehingga udang berubah warna/separuh masak.
  4. Masukkan kacang dan santan cair.Kacau sebati.
  5. Tuangkan baki santan pekat dan kecilkan api.Masak lebih kurang 2~3 min.Sedia dihidang.

2 comments:

LOVE2COOK said...

My mum cook this often! Memang sedap!!! Love dah lama tak buatnya plak! hehex! Kita makan kat sini erk! :)

Sue @ Nenie said...

Love,

Ni baru first time tau resipi ni..Terus cuba, Then kebetulan pula kena ngan selera tekak ni haaa..