Saturday, December 19, 2009

Nasi Kabili

Nasi ni aku masak lastweekend..

BAHAN-BAHAN
  • 500 gm beras
  • 500 ml santan cair (saya gantikan ngan 1/2 tin susu sejat)
  • 1 sb minyak sapi
  • 1 sb minyak sayuran
  • 1 sk garam
  • 40 gm kismis
  • 1 sb gajus (disangrai/bakar)
  • 1 tangkai daun ketumbar
Bahan kisar (dikisar/diblend kering)
  • 2 sb bawang goreng
  • 1 sk daun ketumbar yang dihiris-hiris
  • 1 inch halia
  • 1 labu bawang besar
  • * 1 sk jintan manis
  • * 1 sk jintan putih
  • * 2 sk lada putih biji (* disangrai terlebih dahulu)
Bahan Tumisan
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • Sedikit cengkih
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 5 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga lawang
PENYEDIAANNYA
  1. Bersihkan beras.Tos dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak sapi & sayuran di dalam periuk elektrik
  3. Tumis bahan tumisan sehingga terbit bau dan bawang besar menjadi keperang-perangan.
  4. Masukkan bahan kisar dan masak sehingga pecah minyak.
  5. Masukkan santan dan didihkan
  6. Masukkan beras dan garam.Tutup periuk dan masak sehingga tanak.
  7. Bila nasi kering air, taburkan kismis dan gajus.Karih-karih sedikit sehingga semua bahan bercampur.
  8. Hias nasi dengan daun ketumbar sebelum menghidang.

2 comments:

LOVE2COOK said...

Wow!!! that looks really good! :))

cookerypot said...

wah... selalu dgr nasi kabuli, kali ni nasi kabili pulak... interesting...