Tuesday, January 26, 2010

Muffin Choc Kukus

Salam dan selamat pagi...Fuhhhh...Penat betoi dok belek² peralatan dapur sampai lupe nak main masak²...

Sowy kepada semua yang berkunjung ke sini pasal terpaksa layan diri sendiri 2~3 hari ni...Haaaa..Hari ni dipagi² yang sungguh nyaman ni apa kata kita sama² menjamu selera mata ngan muffin yang sungguh simple ni...Tengah² mamai pun boleh buat..Senang jeeee..Tapi hasil, eeemmmmmm memang syok abisssss.....Kiranya hati pun boleh kembang sekakilah bila tengok muffin tu dok sengeh tak abis²...Keh keh keh....

Peluk cium buat MakLang Azie kerana dengan murah hatinya sudi share resipi ni dan buat Kak Am yang telah berjaya menggoda minat saya untuk mencuba...Jadi cam biasalah nak kopipes pula resipinya kat sini...Akak² ku sayang, minta halal yaaa....

BAHAN-BAHAN

Bahan A
  • 2 cwn susu cair
  • 1 cwn myk @ 250g butter cair
  • 1 3/4 cwn gula castor - (ltk 1½ cwn jer)
  • 1 biji telur

Bahan B - ayak
  • 250g tepung superfine @ gandum
  • 50g serbuk koko
  • 1st bpowder
  • 1st sbikarbonat
  • 1sb emulco

PENYEDIAANNYA
  1. Satukan bahan-A dan kacau sebati, guna whisker saje
  2. Masukkan bahan-B dan gaul rata
  3. Kukus 10 min / sehingga masak

Tips :
Utk dptkan muffin pecah 4 ni, air kukusan hendaklah dipanaskan hingga mendidih dengan api besar dan jarakkan ruang muffin antara satu sama lain supaya kesemua muffin masak dgn elok.

2 comments:

salamdariborneo said...

nenie...
nanti nak cuba juga la,nampak menarik.

Sue @ Nenie said...

Salam Kak Maria..
Cubalah buat..Sedap tawwww, nak buat pun sekejap jeee....sebab main campur² n kacau² je pastu tuang dan kukus....