Tuesday, January 26, 2010

Nasi Ayam Penyet

Salam dan selamat petang semua...
Ni menu last weekend, jadi tak yah tadah² pinggan ya...Tadak, dah abesssss..Yang ni kali kedua buat..Yang pertama dulu, tak sempat nak snap pasal tukang masak tengah lapor....Bila siap je terus ngap, tak ingat dunia nak posing mosing lagi....Bila dah abis masuk indah water perut baru ingat....

Tump-up buat Ijan kita yang jauhhhhhh nun di Finland sana kerana resipi dia yang best ni....Memang puas makan bertambah-tambah nasi dibuatnya..Sambal dia pun best gak....Pendek kata memang tak rugi masalah bersusah² siket nak sediakannya...Tapi semua tak bermalammm.Hari tu perap, hari tu gak goreng...

Ijan, cam biasa yaaaaa.....CnP kat sini, minta halal....

BAHAN-BAHAN

Untuk Ayam

  • 1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasik
  • ½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • ½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
  • 1 sudu besar Serbuk Kunyit
  • ½ sudu besar Serbuk Lada Putih
  • 3 ulas Bawang Putih
  • 1cm Halia
  • Sedikit Air
  • 1 sudu kecil Garam
  • Minyak masak untuk menggoreng.
Untuk sambal
  • Sedikit minyak masak
  • 10 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
  • 10 biji Cili padi
  • 10 biji Bawang kecil/merah, hiris
  • 3 biji Bawang putih, hiris
  • 5 biji Tomato, potong 4
  • 5 cm Belacan
  • 2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
  • 3 sudu gula merah/secukup rasa
Untuk nasi
  • 3 cawan beras dibasuh dan ditoskan
  • 3 ulas bawang putih
  • satu btg kayu manis
  • 4 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • sedikit butter
  • garam
  • kiub pati ayam/daging
  • 6 cawan air rebusan ayam (yg disimpan td)

PENYEDIAANNYA

Untuk Ayam Penyet
  1. Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
  2. Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini best.
  3. (Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)- kite tadak tauhu/tempe. Tak buat.
  4. Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
  5. Panaskan minyak dan goreng hingga garing.

Untuk Sambal
  1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
  2. Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
  3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
  4. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
  5. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
  6. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
  7. Masukkan gula merah dan gaul rata.
  8. Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.

Untuk Sup
  1. Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.-kite tambah ayu manis, bunga lawang, pelaga dan ketumbar (boleh masukkan terus sup bunjut kalo ade).
  2. Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.

Untuk Nasi
  1. Panaskan butter. Tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.
  2. Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 3-5 minit.
  3. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam/daging. Tunggu sehingga menggelegak sedikit.
  4. Pindah ke periuk nasi letrik dan masak macam biasa.

2 comments:

blogresipi.com said...

Salam Kak Sue,

Wah memenyet dia.... nak jugak!!! kite lama dah tak penyet ayam...sekarang lak tk buleh makan ikan bilis.tak syok la nk buat sambal.heheh..alasan metul. :D

Akak, interview akak macamane?

Sue @ Nenie said...

Salam Ijan...
Ayam penyet yang tak penyet..Aik, Mikael alergy bilis juga ke or sana tak de jual bilis..?
Iyalah, mula² buat...Tang sambal dialah yang buat kita terus jatuh hati tuk buat lagi dan lagi dan lagiii....
Ijan..Alhamdulillah semua berjalan lancar..hu hu hu sebulan lagi bermulalah rutin yang baru....
Tak tau apa perasaan ni...sedih ada, bersyukur pun ada....