Wednesday, January 27, 2010

Roti Bantal Pisang Berwalnut

Salam dan selamat pagi...
Semalam lepas balik kerja dan sambil lepak² meluruskan urat tersimpul kat depan tv, sambil tengok Na O Mei, sambil layan anak², sambil belek² buku, sambil bermalas-malasan dan banyak sambil² lagilah...

Malas, memang malas betullah....Ayam/daging/ikan belum defrost lagi ni..Biasanya sebelum gi kerja dah turunkan siap² apa² yang patut kat bah. chill...Tapi semalam memang tak plan apa²..Boringnyaaaaaaaaaaaaa duk jadi musang makan ayam hari²...Tapi tulah nak masak ikan nanti jualan kurang laku pula...

Dalam duk sambil² tu otak kena jalan gak...Sambil baring², sambil pikir²...Nak cari idea lauk tapi kat tangan koleksi hidangan manis...Waaahaaahaaaa..Gonjol betul lah....

Dalam duk belek² koleksi manisan Chef Wan tu tetiba pula hati terpikat kat satu resipi ni...Roti tapi takde pula guna yis....Tengok cara buat pun tak main uli²....Tak yah penaik....Kompius².....Tapi macam senang pula...Boleh cuba ni

Jadi pagi ni mulalah eksperimen..Guna separuh adunan je...Tapi pasal guna pisang berangan, jadi buh 4 biji jeee...Dalam hati tertanya² gak..Camnelah struktur roti ni yaaa....

Siappppp...Taddaaaaaa......Akhirnya nilah rupa paras sarapan pagi aku ari ni....Roti bantal pisang berwalnut...Tapi aku still kompius kenapa setiap kali aku buat kek/muffin/roti ni yang berkaitan ngan pisang mesti kaler dia tak naik cam beli kat bakery/kedai²...Tengok pun cam tak bangkit selera sangat....Mesti pucat je...Adakah ia berkaitan ngan jenis pisang atau diorang buh pewarna..? Tapi kalau buh pewarna, warna apa yang sesuai ya....?

Ok..Berbalik kepada roti pisang aku ni....Sebab guna separuh adunan jadi dia nipis sikit...Pastu strukturnya lembut tapi berat tak macam roti² biasa (memang cam gini or aku yang kurang arif, itu tak pasti) ......Walau camne sekali pun, aku tetap sukeeeee tapi bagi aku ia may be lebih sesuai untuk minum petang, pekena pula ngan kopi-O panas..mesti best.....

Apa-apa pun jommmm tengok resipi dulu.....Oppppsss tuk note sendiri, len kali aku nak kurangkan sikit kuantiti gulanya, bagi manis² buah jeee......Yang dah siap ni manis sikit....Mungkin juga penggunaan pisang berangan mempengaruhinya....

BAHAN-BAHAN
  • 2 Biji telur
  • 12 biji pisang yang masak (dilecek)
  • 145 gm gula halus
  • 280 gm tepung gandum serbaguna
  • 1 s.teh garam
  • 1 s.teh soda penaik
  • ½ cwn walnut (dicincang)
PENYEDIAANNYA
  1. Ayak bersama tepung, garam dan soda penaik.Ketepikan.
  2. Pukul telur dan masukkan pisang lecek.Tambah gula dan pukul sehingga rata.
  3. Masukkan (1) ke dalam (2) dan kaup balikkan rata-rata.
  4. Masukkan walnut.Kacau dan tuang ke dalam acuan roti bantal bergris.
  5. Bakar pada 175ºC/350ºF selama sejam.

2 comments:

kak ina kl said...

salam sue@nennie..walaupun tak cantik..janji sodap kan...kalau tak cuber mana nak tahu..
kena jimat duit gaji tiap-taip bulan kalau nak idaman kamu tu..tak pun tunggu cik abang dapat bonus..akak ni pun byk lagi senarai yang nak di beli..tak dapat lagi ni..tu tengah meroyan.

Sue @ Nenie said...

Salam Kak Ina..
Biasalah selagi idup selagi itulah tak abis² cita²..Dah dapat yang ni, nak pulak yang tu..Dah dapat yang tu adaaa lagi senarai yang tak sudah tu....
He he he he...