Monday, March 29, 2010

Kek Coklat Mocca Kukus

Bahan-Bahan: (loyang bulat 8 inci - loose pan)

Bahan A:

* 1 ketul butter [250 gm]
* 1 cawan serbuk koko
* 1 cawan brown sugar /gula kastor
* 1 cawan susu cair
* 1 s/b nescafe (*akak letak 3/4 sb saja)
* 1/2 cawan susu manis
* 3 biji telur
* 1 tsp esen vanilla
* 1 1/4 cawan tepung gandum }
* 1 tsp baking powder }di ayak bersama
* 1/2 tsp soda bicarbonate }

Cara Memasak:

1. Campurkan semua bahan A dalam periok atas api yang sederhana�.kacau sampai cair dan semuanya sebati, tak berketul2 lah. Biarkan suam.
2. Pukul telur dengan esen vanilla sampai kembang. Masukkan ke dalam adunan koko [no 1].
3. Masukan tepung yang telah di ayak tadi sedikit demi sikit sambil digaul hingga sebati.
4. Panaskan kukusan.
5. Tuang adunan dalam acuan .(*akak sapu butter n tabur sedikit tepung dulu pada loyang)
6. Kukus selama 1 jam atau sehingga masak dengan api yg sederhana. Acuan yang kecil memerlukan masa mengukus yang lebih pendek.

# Make sure tudung kukusan kering semasa menutup semula periuk kukusan. (*akak balut penutup kukusan dengan kitchen towel semasa mengukus). Selamat mencuba.

No comments: