Thursday, November 18, 2010

Sayur Lodeh

Salam hari Khamis buat semua...Dan kepada kawan-kawan kita kat Terengganu, Kelantan, Kedah dan beberapa negeri yang masih lagi bercuti tu, selamat bercotiiii...Wahhhh...syioknya dapat cuti 2~3 hari...especially bagi negeri-negeri yang public holidaynya hari Jumaat...

Haaaa...ni menu semalam, sempena sambutan AidilAdha..Request dari Cik Hubby, pandai tak pandai main belasah jelah...

Refer resipi kat tenet n buku resipi, pastu gabungkan dan tokok tambah apa yang ikut selera anak tekak...Dan inilah hasilnya.....

Yang ni versi tak buh cili blend, dengan harapan bebudak dapat join sekali, mak & bapak budak boleh makan ngan sambal kalo nak pedas......
Sambal...?...Mana sambalnya....Hu hu hu hu.....Tak pandai nak buat sempat nak research......


BAHAN-BAHAN

  • *Kentang
  • *Kacang Buncis
  • *Lobak Merah
  • *Kobis Bunga
  • *Kobis
  • *Sengkuang
  • *Lada Merah
  • *Tempe
  • *Tauhu(*Secukupnya~Dipotong)
  • **Fucuk
  • **Soo Hoon (**Secukupnya~Direndam sehingga lembut)
  • 300 ml Santan
  • Udang Segar (optional)
  • Garam & Gula secukupnya

Bahan Kisar
  • 4 biji Bawang merah
  • 2 ulas Bawang putih
  • 1 biji Buah Keras
  • Sedikit udang kering
PENYEDIAANNYA
  1. Tumis bahan kisar sehingga terbit bau.Masukkan kentang dan air secukupnya.Didihkan sehingga kentang separuh empuk.
  2. Masukkan lobak merah dan sengkuang..Didihkan lagi sehingga lobak dan sengkuang separuh empuk.
  3. Masukkan kesemua bahan (**) dan (*) yang selebihnya, beserta santan.Kacau dengan api perlahan sehingga mendidih.
  4. Masukkan udang dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya...
  5. Sedia dihidang bersama lontong dan sambal.

2 comments:

izahdaut said...

wah sedap nampaknya sayur lodeh tuu..eh ada jugak yg makan dengan sambal biasa je..buat sambal tumis telur rebus ke kan? eh yo yo je..hehe

Sue @ Nenie said...

Salam Kak..

Opppssss..Betullah..buat sambal telur rebus puyuh pun best kannn...?Itulah kat pala ni asyik terbayang sambal sotong kembang tu jeeeee....Tapi nak buat tak pandai....Kena cari tok guru niiii