Tuesday, January 3, 2012

Sunquick Muffin

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Nampaknya kita sudah melangkah hari ke-3 di bulan Januari tahun 2012...Bagi yang ada anak-anak yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke alam persekolahan, pasti hari ni ada yang sibuk menghantar anak2 untuk hari orientasi...

Semalam Sue pun dapat call dari nursery yang Sue register untuk transit Sara..Terkejut gak sebab tetiba jeee pihak pengurusan sana minta Sue hantarkan Sara untuk orientasi hari ni...At least informlah awal siket kannnn sekurang2nya seminggu, senang siketlah ibu bapa nak buat apa-apa preparation atau apply cuti...discuss punya discuss rupanya berlaku siket kekeliruan, orientasi tersebut hanya untuk kanak-kanak yang terlibat sessi tadika tidak untuk transit nursery...Legaaaa kalau tak kelam kabut gak Sue nanti..terpaksaaaa lah ambil Emergency leave..Iyalah, walau pun pihak pengurusan sana cakap, lepas orientasi berakhir jam 10.30am, bagi ibu bapa yang bekerja boleh terus tinggalkan anak masing2 kat situ sehingga petang, tapi bagi Sue, kalau hari pertama tu, andai tiada aral, biarlah kita korbankan satu hari cuti, ambil awal anak sejurus orientasi...Nama lagi sessi pengenalan, biarlah sejurus sessi tu kita luangkan sedikit masa bersama dia sekejap, redakan siket rasa terkejut dia ngan suasana baru...Tapi itu pendapat Suelah..bak kata orang lain orang lain pendapat, situasi dan pandangannya..Sedaya termampulah kannn...


Eh eh eh .. Panjang pula celoteh pepagi ni..Sajalah Sue nak kongsi sedikit perasaan Sue, tapi tak mo ulas panjang2 sebab ni pun baru 1st time Sue hantar anak ke tadika...Dan Sue sendiri pun agak kelam kabut untuk sediakan beberapa keperluan untuk Sara....

Oklah kita lupakan seketika cerita tentang anak2, dan hari ni jommm kita jamu hidangan pertama Sue bersempena tahun 2012 iaitu Sunquick Muffin...Resipi Aasal Sue ambil dari dapur Kak Yani @ MyR cuma perasanya saja Sue ubah kepada Sunquick dan Sue dah doublekan kuantitinya kepada dua adunan....Dan macam biasalah, pasti ada sedikit olahan..Jadi bagi yang nak tengok resipi asal boloehlah berkunjung ke MyR sana sebab yang Sue buh kat bawah sini adalah resipi yang dah pun Sue olah untuk rujukan Sue dimasa hadapan...Tapi olahannya tak lah banyak sangat, cuma Sue kurangkan kuantiti butter dan gulanya sahaja jug perasanya pandan kepada Sunquick


SUNQUICK MUFFIN
Resipi Asal : Kak Yani @ MyResipi
Olahan :
Sue@Nenie


BAHAN-BAHAN
  • 150g butter
  • 100g gula halus
  • 2 biji telur
  • 80ml susu segar
  • sedikit vanila esen
  • 220g tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 2 sb sunquick
PENYEDIAANNYA
  1. Pukul butter sehingga lembut. Kemudian masukkan gula,pukul sehingga putih.
  2. Masukkan sebiji telur, pukul lebih kurang 1 min kemuadian masukkan telur yang seterusnnya. Pukul sehingga semuanya sebati.
  3. Kemudian masukkan esen vanila. Pukul lagi sehingga sekata.
  4. Masukkan pula tepung yg telah diayak dengan baking powder ke dalam no.2 sedikit demi sedikit sebanyak 3 kali berselang seli dgn susu segar (tepung-susu-tepung-susu-tepung) sambil di kaup balik menggunakan spatula/sudip.
  5. Masukkan pes sunquick dan pewarna oren dan sebatikan.
  6. Cedok2 adunan ke dalam paper cup dan masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 175C selama 20 min atau sehingga masak..(Bergantung kepada oven dan saiz paper cup masing-masing)

13 comments:

Ayu said...

Assalam Sue,
happy new year to you & famliy ya..
kek2 yang berperisa oren ginilah yang akak suka besides kek coklat..

Sue @ Nenie said...

Salam Kak Ayu...Thank you....Happy New Year juga buat akak sekeluarga...Mesti makin bersemangat selepas kembali dari bercuti kannnnn....

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

kt sini susah nak x der jual sunquick selalu jual air yg x payah bancuh ....kira nak bagi senang jer...teringin nk buat ni kena suruh umi ai pos la 2 3 botol sunquick

izahdaut said...

assalamualaikum sue..
muffin yg cantik. saya pun suke muffin pandan kak yani ni. gebu je kan. kalau tukar ke sunquick pun best.

sue nak tanya sikit bleh? jgn mare tau.. hehe nak tau umur sue je. slalu je tertanya2 .. hehe..jika sudi

Amie said...

Selamat petang Sue,
bermufin kita petang ni ye... tukar mufin seketoi nak tak?

quinnie said...

salam kak sue...saya sekarang ni tengah mood nak makan kek je..hhehehe..tengok kek apa2 pun rasa sedap je skang ni..kekekke

Mieza said...

salam rindu sue...lamanya kak mieza ni tak memapinkan diri..bila tgk org buat teringin nak buat mapin juga..mesti sedap mapin oren sunquick ni..rasa masam2 manis tu kan...ada lg tak mapin ni sue? kalau ada lg akak nak kenen sebiji dia..terliur ni hehehee

Mieza said...

sue..lupa nak wish Happy new year kat sue..semoga tahun baru ini akan membawa seribu kebahagiaan buat sue sekeluarga..salam sayang dari kak mieza :)

Unknown said...

selamat thn baru sue..sedapnya tgk muffin tu harum jer bau sunquick tu:)

Sue @ Nenie said...

Salam..

Lady Ayu...opppsss jadi kat nihon sana takde jual pes minuman ke..?oh...cepat2 minta post...sedappp tau, ada rasa masam2 manis...Kiranya alternativelah kalau tak moh perah & parut kulit oren...

Izah..Betul, struktur muffin ni gebusss je macam kek..lagi2 ada rasa masam2 oren...
Pasal umur..? tak mere punya...Sue sekarang dah 33thn...lepas ni dah tak kompius lagi lah yaa nak mana kakak mana adik...

Salam Kak Amie...jom jom kita variasikan citarasa muffin petang ni....

Sue @ Nenie said...

Quinnie...Haaa kalau buat versi ni sekejap je siap dan kalau rakyat jelata tak ramai boleh guna postion asal kak Yani, dapat beberapa ketul jeeee

Kak Mieza..terima kasih... saya pun rindu nak tunggu dapur sana berasap semula....

Selamat tahun baru juga buat Nieza...Semoga sama-sama beroleh kegembiraan yang berpanjangan sepanjang tahun mendatang dan khas buat Nieza..Take care yaaa di rantauan....

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

x der sebenarnyer...dulu memula smpi terkejut sebab nak bancuh air x der pes hahahaha....semua air yg di jual semuanyer dah siap ...negara maju sgt susah gak ngeee

KakAsma said...

sue,
lama tak makan kulat sisir nie.sedapnyer.tingat dulu kalau masak bubuh cili api tumis buh santan sikit ajer..wallla makan ngan ikan kering..tak cukup tuuu..hehehe