Friday, June 3, 2011

Udang Nyonya Betawi

Salam Pagi Jumaat..Penghulu segala hari...Alhamdulillah masih lagi di beri kesempatan olehNya untuk meneruskan lagi kehidupan di dunia ni...Kepada kawan-kawan di luar sana....Semoga dipermudahkan olehNya semua urusan dan perjalanan yang dirancang....

Haaaaa.....Actually ni resipi 2 malam lepas...Hasil blogwalking kat dapur kawan-kawan kat luar sana...Dah memang kebetulan pun nak abiskan stok udang kat peti hikmat tu...Dan tang tang tu juga resipi ni muncul kat dapur sifu masak kita dari Kota Singa sana...Apa lagi terus kita terbangkan resipi ni bawa balik ke semenanjung....

Kenapa nak bawa balik....Iyalah...Asalnya dari Semenanjung..Dibawa berdagang ke Kota Singa...Kendian kita jemputlah dia balik sini balikkk..He he he he he..Jangan mare yaaaaa Kak Ayu....Nanti tak pasal-pasal Nyonya Betawi bertukar jadi Nyonya Mansur kannnnn......Alaaaaaa Kasiimmmmmmm Ha ha ha ha ha

BAHAN-BAHAN
  • 500 gm udang (Dibuang kulit kecuali bah ekor dan bersihkan)
  • ½ sk lada sulah serbuk
  • 1 biji limau nipis (Diambil jusnya)
  • ½ sk garam+ serbuk perasa
  • 1 biji telur (pukul hingga berbuih)
  • 100 gm tepung jagung
  • 2 ulas bawang putih (ketuk)
  • 7 tangkai cili padi (hiris)
  • 1 tangkai daun bawang (hiris)
  • 1 sudu besar bawang putih goreng
  • 1 sudu kecil lada sulah biji (tumbuk)
PENYEDIAANNYA
  1. Perap udang yang telah dibersihkan dengan serbuk lada sulah, garam dan perahan air limau selama setengah jam.
  2. Kemudian tuskan. Setelah kering airnya, taburkan sedikit tepung jagung dan gaul rata.
  3. Tuangkan telur. Kemudian tuangkan selebih tepung jagung dan gaul sebati.
  4. Goreng hingga kuning, angkat dan ketepikan.
  5. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan masukkan bawang putih yang diketuk, bawang putih kisar, dan cili padi hiris). Tumis hingga wangi. Kemudian masukkan cili padi dan lada sulah.
  6. Tumis hingga layu. Masukkan semula udang dan taburkan daun bawang dan bawang putih goreng.

5 comments:

ijayuji said...

Salam kak! akak tahu semalam kita dah kuarkan udang ni nak buat resepi ni tp last2 tak menjadik jadi benda lain hihihi... sok sok lah buat nmpk sedap mmg!

Ayu said...

Assalam sue,
heheh..dagang pak malau dagang bertempat dagang akak dagang merempat..hahahah..balik sudah ke negeri sendiri udang nyonya yang pakai kebaya ni ya..heheh ..
ala la..terlupa buang kulitnya tu ya..kalau gitu kena kunyah sekali dengan kulitnya?..tapi lain sikitlah kan macam sue kata tu tak 100% ..hehe..tak apa sue lain kali boleh buat lagi..akak pun nanti nak buat lagi tapi untuk kak sorang lain2 tak boleh kacau,,hahah..thanks sue sudi cuba juga ya..

Sue @ Nenie said...

Salam...

Ika..cubalah..memang sedap....Tapi jangan lupa kena buang kulitnya yaaaa....Sebab nanti boleh makan udang ngan tepung2nya sekali..

Kak Ayu..He he he...Apa pula merempat akak..Bertempatlah tu...

Itu ler..pasal petang tu main print jeee..then bila balik terus tampal kat peti ais sambil masak sambil baca resipi...Bila dah sampai step goreng tu baru terfikir...Alamakkkkkk mesti tak syok nak meratah ni pasal kena buang kulitnya, sedangkan tepung yang berperisa tu bersalut kulit....tapi nak wat camne...dah terlajak kan..teruskanlah...So nanti kena wat balik ni..nak qada

Unknown said...

sedapnya udang tu sue...menyelerakan:)

Sheery Dream Cakes said...

Assalamualaikum sue..
tgk udang tuuuu... sedaaaapnya tu... nak cuba gak nnt resipi nie.. akak dah tergoda lg nie.. ;)