Saturday, June 4, 2011

Apam Mekar

Salam Hari Sabtu....Wah Wah Wah..Apam lagi....Saje nak test@bereksperiman siket..Memandangkan ari tu apam kite tak mau kembang-kembang cuma gebus membumbung jeeee dan kita mula syak itu semua angkara acuan.....Makanya hari ni, kita buat lagi ikut betul2 resipi yang sama cam hari tu.....Dan Hasilnya Taraaaaa.........

Cuma kat hati masih tertanya-tanya...Betul ke acuan juga memainkan peranan...? Atau memang kebetulan semata-mata....?Iyalah kan...Kalau buat adunan yang sama tapi separuh buh dalam acuan lompang tu dan satu lagi sumbat kat paper cup tu...Barulah buktinya terang lagi bersuluh kan kan kan kan....Tapi ni adunan len-len.....Takpelah.....apa pun kejadiannya..Hasilnya tetap gebussssss dan sedappppppp.....

BAHAN-BAHAN
  • 250 gm gula ~Sue guna 150gm jeee
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 200 ml susu segar
  • 300 gm tepung gandum ~Len kali nak buh 250gm je pasal adunan Sue dapat sedikit pekat
  • 1 sudu kecil ovallate
  • Pewarna (ikut suka)
  • Acuan kertas (paper cup) secukupnya
PENYEDIAANNYA
  1. Panaskan kukusan. Sebaik-baiknya, bungkus penutupnya untuk mengelakkan air dari jatuh ke atas bahan kukusan nanti.
  2. Pukul telur bersama gula hingga kembang dan gebu.
  3. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.Masukkan ovallate dan pukul lagi.
  4. Masukkan tepung dan susu berselang-seli sambil dipukul sehingga gebu.
  5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian (ikut pewarna yang diinginkan, jika nak guna 3 warna then bahagikan kpd 3 bahagian).
  6. Masukkan pewarna dalam setiap bahagian dan kaupbalikkan hingga warna sekata.
  7. Masukkan setiap bahagian warna kedalam piping bag yang berasingan(atau plastik bersih dan potong sikit bucunya).
  8. Letakkan paper cup ke dalam acuan apam dan picitkan setiap bahagian warna ke dalam paper cup tersebut.
  9. Kukus selama 10 - 15 minit (bergantung kepada saiz paper cup).
  10. Siap untuk dihidangkan sebagai minum petang ataupun sarapan. Bawak bekal pun boleh...!!

4 comments:

ijayuji said...

salam kak! waaaaaaaa..dah kembang dah kembang!!! tuannyer kembang tak? hihihi.... sedap dimakan bersama kelapa parut :D

♥LOVE2COOK♥ said...

Liked the color combination!!! Looks fluffy ;)

Sue @ Nenie said...

Salam...

Ika, ha ha ha ha tuan nye kuih senyum sampai boleh sangkut bibir kat telinga

Sue @ Nenie said...

Love,
Buh kaler n pandan paste lagiiii...wangiiii