Thursday, October 13, 2011

Gulai Ikan

Assalamualaikum...

Hari ni nak kembali menikmati citarasa Pantai Timurlah plak...Bila duk merewang-rewang kat MyR itu hari then nampak resipi ni kat sana..Tetiba pula rasa nak makan, kebetulan pula stok ikan kembung lagi berbaki dua ekor..Apa lagi...project pun bermula.....

GULAI IKAN
Sumber resipi : Makyong @ MyResipi

BAHAN-BAHAN
  • 2 ekor ikan kembung- (apa2 jenis ikan pun tak pe)
  • 1cm lengkuas
  • 1cm kunyit
  • 1 sudu besar cili giling
  • 1 keping asam gelugur/keping
  • 3-4 biiji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 biji timun
  • 3 biji lada hijau
  • 1/2 biji kelapa-ambik santan
PENYEDIAANNYA
  1. Bersihkan ikan dan ketepikan.
  2. Tumbuk lengkuas, kunyit, bawang merah dan bawang putih sehingga lumat. Kemudian masukkan ke dalam periuk yang ada santan. Masukkan juga asam gelugor. Masak sehingga santan mendidih.
  3. Kemudian masukkan ikan. Biar sehingga ikan masak dan kuah sedikit pekat.
  4. Masukkan pula timun yang di potong sepanjang 1- 1.5 cm dan juga lada hijau
  5. Masakkan lagi dalam 3-4 minit. Kemudian padamkan api

11 comments:

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Sue,sedap tu.Biasanya orang klantan masak kugai ikan masin dengan timun dan cili.sedap sue!Kempunan kak ros.

Sheila Shafeareen said...

Salam. gulai ikan ni mmg sdp lama x buat..kalau mkn same nasi belauk mmg kena kan mmk mentua pun selalu masak mcm ni ...maklum le org pantai timur heheheh

Ummi said...

Salam Sue...amboiii sedapnya gulai ikan nih...terliuuuqqq habis tengok taaauuu...laksa penang kat bawah tu lg la menggoda, fav akak tuh! :))

hazila said...

Sedapnya makan dengan nasi hangat.

sasha rahmat said...

salam sue...sedapnya tgk lauk2 kmpg ni!!

Mamasya said...

Aslmkum Sue

Gulai ikan gini mmg favorit akak...mkn nasi ada sambal pulak tu..sedapp. Sue peminat tegar laksa...samalah kita. tulah bila beli ada je yg tak kena selera...pernah beli kuah cair tak rasa apa...last buang. bila buat sendiri puas hati...

quinnie said...

macam masak gulai lemak ye sue....kita pun sekarang ni kalau ikan kecik2 tak buang sirip.tapi yg besar buang la..hehehhe

Yana Shaiful said...

Salam Sue..tibe plak tringin nk mkn gulai ikan ni..dh lama xbuat..klu bt gulai mst ltk timun..sedap kan :=)

Sue @ Nenie said...

Salam...

Kak Ros, janganlah kempunan2 lagi..jomm kita santap bersama...

kak Sheila, iyalah..lagi2 ada sambal belacan...

Kak Ummi...Gulai ikan ni memang simple tapi fuhhhhh...sedap lagi2 ada mentimun yang rangup2 tu....

Buat pekat2 dan pedas2 kuah Laksanya..sedappppp

Sue @ Nenie said...

Kak Hazila, Kalau makan nasi putih hangat ngan lauk apa pun sedap kan..adusss tetiba plak rasa nak makan lagi lauk ni...

Kak Shasa...Sesekali kan kita layan lauk kampung..Buat pembuka selera...

Mamasya...Iya..iya..lauk2 kampung lawan ngan sambal memang serasi...

Itulah, dalam banyak2 resipi laksa/mee, Laksa Penang yang paling cerewet kat lidah saya..yang lain boleh plak terlebih terkurang...

Sue @ Nenie said...

Quinnie...Tak sama ngan masak lemak walau konsep dia seakan sama...He he he biasa Sue buang gak siripnya..Thah, hari tu macam penat sangat..Macam serba benda nak cepat...Tu yang main cincai tuuuu

Kak yana..Ha ah..Lagi2 kalau di biarkan je timun tu rangup2 jgn sampai lembut..lagiiiii sedap kan...