Thursday, December 29, 2011

Daging Kandar

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Tak tau nak cakap apa hari ni...Sejak-sejak selsema 2~3 hari ni, kalau di beri peluang, lepas ambil ubat nak baringgggg je tanpa sebarang gangguan...Tapi nampak gayanya mimpi tinggal mimpi sajalah...Mana mungkin kan....

Ni mesti gara-gara redah hujan masa gi Stadium Melawati Shah Alam tempohari..Tu lah gatal2 sangat nak gak gi jenguk Metrojaya Sale, walhal bukan nak beli apa pun..Tapi biasalah dah jenis yang pantang ada sale@karnival...Mesti gak nak jenguk kalau ada peluang...

Oklah..Tuan rumah pun tak nak merapu panjang2 lagi..,So kita layan jelah yaaa lauk yang best ni..Layan ngan nasi panas2 sedapppp gak....

DAGING KANDAR
Resipi : Kak Asma @ MyResipi
Sumber : Kak Ayu @ Singapore

BAHAN-BAHAN
  • ½ kg daging
  • *6 ulas bawang putih
  • *1 inci halia (* ditumbuk/blend) ~ Sue parut
  • 1 labu bawang besar(dimayang)
  • 1 ulas bawang putih (dimayang)
  • Kulit kayu manis
  • bunga lawang
  • sedikit daun kari
  • garam dan perasa
Bahan Rempah
  • 2 sudu besar kicap pekat maggi
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 pkt serbuk kari daging babas (1½ pkt pun boleh)~ Sue guna jenama faiza, 2 sb jeee
  • 2 sb serbuk cili ~Ini Sue tambah
PENYEDIAANNYA
  1. Daging dibersihkan, hiris dan direbus (simpan air rebusan)
  2. Tumiskan bawang besar,bawang putih,kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.
  3. Masukkan bawang putih dan halia yang ditumbuk halus dan juga daun kari.
  4. Kemudian masukkan campuran rempah tadi(kicap pekat,sos dan serbuk kari).kacau sebati.
  5. Bila dah sebati kuah masukkan daging dan air rebusan daging.
  6. Masukkan garam dan perasa.kacau lagi
  7. Perasakan dan masak lah sehingga kuah menjadi pekat.
  8. sesuai dimakan dengan nasi dan roti

12 comments:

Liza said...

salam sue...nasi pth dgn dgg kandar satuuu....hihihihi
ni kalau dpt mkn dgn nasi beriani pun best gak...

cik cek said...

Pepagi singgah sini ...dah tayang lauk menggoda jiwa ni...wat makan tengahari best ni kan...
Selsema dah elok ke...jgn lupa makan ubat...:)

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Sue sedap daging ni kan?dah lama kak ros tak buat.Tengok sue buat teringin la pulak.

Sue @ Nenie said...

Salam..

Kak Liza..sebab saya pun buat pedas siket, jadi sesuai juga gandingkan ngan nasi beriyani tak pun nasi minyak

Kak Cek..He he he saja buat tayangan awal sementara bos takde n line clear...Emmm nampak gayanya selsema ni sayang lagi nak berpisah ngan jasad ni haaa..

Kak Ros...cubalah..sedap, nak buat pun simple...Wahhhh nanti Kak Ros dah start bz lah yaaa bila sessi persekolahan dah bermula

rahel said...

Salam Sue...
sedap nampaknya lauk ni..klu mkn nasi puteh pun tetap terangkat jugak..

mummyseri said...

sue, sedapnya tgk..nasi panas sedapnya mkn ngan lauk cm ni..huhu lapolak rasa ni..

KakAsma said...

sue,
akak pun masak lauk nie semalam..tak dan simpan tuk makan malam..petang2 makan ngan roti sedappp...makasih masak lauk nie..hihihihi

Mamasya said...

Aslmkum Sue
dah lama betul tak masak daging nasi kandar ni...nampak sedap Sue masak.
ada sales...akakpun sama mmg pantang kena pergi.. hi..hi..
re; Sue ayam kari tu resepi spt kari biasa cuma bila dah mendidih masukkan 1 sb kerisik dan serai tu sebtg belender sekali dg bawang.

Mamasya said...

Aslmkum Sue
dah lama betul tak masak daging nasi kandar ni...nampak sedap Sue masak.
ada sales...akakpun sama mmg pantang kena pergi.. hi..hi..
re; Sue ayam kari tu resepi spt kari biasa cuma bila dah mendidih masukkan 1 sb kerisik dan serai tu sebtg belender sekali dg bawang.

Sugar 'n' Spice said...

sue...nampak sedapppp sesanghattt...best mkn nngan nasi panas lembik n roti canai...
da x payah susah pi penang nk mkn kandar...pi umah sue jer da ok kan...kn...kn...hihihihi

Sue @ Nenie said...

Salam..

Kak Rahel & Kak MummySeri..betul tu, tak sempat buat nasi berperiasa, bantai ngan nasiputih panas2 pun sedapppppp

Kak Asma...Sama-sama kak..edan terima kasih jug untuk resipi best ni..nak masak pun senang

Sue @ Nenie said...

Mamasya..Iyalah, saya pun jenis pantang ada sale, tak beli pun mesti nak gakkkkk gi jenguk2...Dan terima kasih untuk tips kari berkerisik tu..mana tahu kan ada masa nanti nak cuba kelainan, bolehlah cuba cara ni pula...

S&S....Apa lagi..jommm bertandang kat sini..nanti kita makan nasi sama-sama..tak cukup dagingnya, jangan segan2 nak tambah yaaaa....Tapi dine-in ajeeee tak boleh take awayyyy yaaaaa..ha ha ha ha