Thursday, January 19, 2012

Donut Mulus

Assalamualaikum..Lama benar rasanya tuan rumah tak muncul kat sini...Rindu...? Mestilah rindu...Rindu nak berblogwalking mengunjungi kawan-kawan dan mengintai-intai aktiviti dan hidangan menarik mereka...Rindu nak mencuba resipi-resipi terbaru dan mendapat beberapa tips berguna, rindu nak balas jejak-jejak yang di tinggalkan, rindu nak share resipi yang pernah dicuba dan nyatakan rasa teramat terima kasih kepada penyumbang-penyumbang resipi tersebut dan pendek kata, rindu semualah....

Tapi apakan daya...Kadang kala kita juga terpaksa berdepan dengan realiti kehidupan..Kadang kala sibuk, kadang kala free, kadang kala semangat berkobar-kobar tapi masa pula tidak mengizinkan dan bila tiba masa dan ruang terbentang, keadaan pula tidak mengizinkan...Apa-apa pun pertamanya Sue nak ucap terima kasih kepada yang masih sudi jenguk-jenguk sini samada dengan jejak atau tanpa jejak...Semuanya Sue hargai....

Oklah sebenarnya hari ni Sue pun tak maulah berceloteh panjang -panjang tentang beberapa kejadian demi kejadian dan dari satu pengalaman ke satu pengalaman baru yang telah Sue lalui sebermulanya tahun baru 2012 yang dah pun melewati hari ke-19 pada hari ni...Lupakan dulu ia seketika sehingga ada masa yang mengizinkan untuk di kongsikan bersama, tapi hari ini kita bertemu sapa dulu dengan resipi donut yang pernah Sue cuba buat kesekian kalinya dan alhamdulillah, hasilnya amat mengujakan....

Dulu-dulu kalau sebut je buat donut, rasa phobia tu hanya tuhan saja yang tahu....Pasti mengecewakan...Doh pasti keras tak naik-naik...Macam-macam cara dan petua diamalkan malah pernah juga menggunakan resepi-resipi popular yang mendapat sambutan dan pujian ramai kerana hasilnya yang lembut dan gebussss.....Tapi bila sampai ke tangan Sue, hasilnya tetap sama, mengecewakan..Bukan salahkan resipi tapi air tangan dan diri yang masih bertatih untuk menguasai seni masakan....

Tapi phobia-phobia pun usaha mesti diteruskan....Setelah sekian lama tak menguli tepung, tiba-tiba terasa nak mencuba lagi, dan kali ni cuba resipi dari Kak Ros@JintanManis yang Sue ambil dari e-book beliau yang pernah dilancarkan tidak berapa lama dulu..Kali pertama cuba, ikut 100% resipi yang tertera, pun sama, hasilnya agak mengecewakan tapi tetap nak cuba untuk kali ke-2 tapi Sue selitkan sedikit cara dan petua yang pernah Sue dapat, iaitu aktifkan yis terlebih dahulu di dalam air suam+sedikit gula..Dan alhamdulillah hasilnya amat mengujakan...Lembut dan gebus sehingga ke petang....


Dan kaedah menggunakan beg plastik untuk mencampurkan kesemua bahan amat mudah dan berkesan...Sebab time tu doh tidak melekat-lekat kat tangan dan kita pun tak terfikir nak tambah tepung atau air lagi disebabkan rasa tak pasti samada doh kita tu sebenarnya dah sesuai/cukup bahannya dan sedia diuli...Sebab bila kita masukkan kesemua bahan ke dalam beg plastik dan uli-uli dia sehingga kesemua bahan bersatu dan tak lagi melekat kat plastik beg, baru kita keluarkan dari plastik dan sambung uli di dalam mangkuk adunan sehingga mendapat doh yang elastik dan tak melekat lagi kat tangan dan bekas...Wahhhh sungguh mudah bagi yang tak ada BM dan sesuai juga untuk orang-orang yang baru belajar macam Sue ni....Dan sehingga kini dah beberapa kali Sue buat donut menggunakan resipi dan kaedah 'magic' ni....

Terima Kasih Kak Ros sebab sudi share resepi dan kaedahnya sekali juga telah pun bersusah-payah menyediakan dan menghadiahkan e-book untuk kami semua sebagai rujukan..Hanya Allah saja yang mampu menilai kebaikan itu dan membalasnya.....

DONUT MULUS
Sumber : Ros @ JintanManis

BAHAN-BAHAN
  • 350 gram tepung Halus Superfine
  • 50gram tepung kanji kentang
  • 2 sudu besar susu tepung/skim milk
  • 1 biji telur ( dipukul sedikit mengunakan garpu)
  • 150ml air suam
  • 1 ½ sudu besar marjerin@butter@shortening
  • 3 sudu besar gula
  • 4 gram yis ( 1 ½ sudu kecil)
  • sedikit serbuk gula sebagari salutan pada donut mulus ni nanti.
PENYEDIAANNYA

Penyediaan Doh
  1. Kaedah 1, Penggunaan Bread Maker (BM) --> Masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah seterusnya.
  2. Kaedah 2, Jika uli tangan -->
  • Di mangkuk kecil, masukkan 150ml air suam dan 1 sb gula.Kacau sehingga gula larut dan masukkan yis.Biarkan lebih kurang 5~10 min atau sehingga larutan tadi berbuih.
  • Masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan.
****Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

  1. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda.
  2. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
  3. Bahagi doh pada bebola kecil dan rehatkan selama 6 hingga 8 minit, kemudian bentukkan seperti donut, lubangkan tengahnye, biarkan naik dua kali ganda.
  4. Goreng sehingga keemasan, gunakan api sederhana, angkat dan toskan.
  5. Salutkan dengan serbuk gula, sedia untuk dihidangkan.
****Tips mudah (Dari Kak Yani@MyR) nak menyalut gula pada donut atau apa2 kuih, masukkan donut/kuih siap goreng dan gula halus ke dalam plastic bag, kembungkan ia dan tutup kemudian goncangkan sehingga kesemuanya bersalut rata...

12 comments:

rahel said...

Sue,gue yang duluan sampai...maknanya bole dapat seketul donut mulus tu ek..hehe

nOOrsha said...

memang nmpak mulus, gebus n lembuts donut ni :)

Liza said...

salam sue...akak nak jugak donut tu...

Ayu said...

asslam sue,
betul kata sue, tu ..
dulu2 adunan lembik so mungkin tak nak kasi melekat ditangan kita tambah tepung ..at the end donut yg kita buat keras ...so now dah tahu caranya senang lah kan guna plastik ya sue..memang nampak lembut donut sue nilah..

quinnie said...

wahhh..memang gebus mulus betul donutnya sue..geram tengok..kita tengah berkira2 nak buat donut nih..alahaiiii..tak tau nak buat resepi yg mana satu lepas tengok donut sue nih....haisshhhhh

hazila said...

Akak pun fobia nak buat donut sebab selalu end up keras kejung...

Mamasya said...

Aslmkum Sue.akakpun sama kalau donut atau apa2 kuih letak yis ni fobia sikit. kdg2 tak menjadi....resepi dah betul tp maybe teknik dan yis yg digunakan tak betul. ada tips dr Sue ni boleh cuba..

hasni said...

salam kak sue
lamanya xmasuk blog ni!
napak gebu dan sedap donut tu
nk balik buat la!

ijan said...

Salam Kak Sue,
wah memang semangat tinggi tu mencuba sehingga berjaya. hehe.. memang nampak gebu je donut tu. saya pun dah lama benar tak mendonut.

Sue @ Nenie said...

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kak Rahel....He he he he he boleh-boleh silakan...

Noorsha, betul tu..donut ni betul2 gebu dan lembut sampai ke petang...

Kak Liza...Cepat-cepat...nanti kehabisan...

Sue @ Nenie said...

Kak Ayu...Betul tu Kak..agak2 sebelum ni doh saya kurang berjaya sebab main tambah tepung, tambah air jadi sukatannya ngan bahan2 lain dah lari...Bila guna plastik ni terus tak payah main tambah-tambah lagiiii..

Quinnie..Haaaa cubalahhh..InsyaAllah hasilnya nanti tidak mengecewakan..apatah lagi resipinya dari sorang sifu kan kan kan siap ngan tips-tipsny lagiiiiii

Kak Hazila..emmmm lepas ni boleh praktikkan cara adun dalam plastik ni pula..mana tahu kan phobia tu nanti boleh ilang.

Sue @ Nenie said...

Mamasya...Iyalah kan...bila kita aktivekan terlebih dahulu yisnya, sekurang2nya kita dapat detect awal samada yis kita tu idup lagi atau dah mati kannnnn...

Hasni..Emmm lama betul adik kita yang sorang ni menghilang...Haaa ada masa bolehlah cuba juga..Senang jeeee guna teknik ni...InsyaAllah hasilnya nanti pun memuaskan...

Ijan..ini pun nasib baik kat rumah ni ada hantu donut, itu pasal selalu berusaha nak mencubanya sampai berjaya....Sekurang2nya bila dah berjaya tu, bolehlah selalu buat kannnnnnn