Saturday, January 26, 2013

Ayam Goreng Daun Kari

Resipi tak tau bila...tapi memang selalu buat dikala tak sempat nak main masak-masak...

 BAHAN-BAHAN
  • Ayam
  • Bawang besar (potong bulat)
  • Daun kari
  • Garam secukupnya
  • Serbuk kari/beriyani/kurma/etc (ikut suka nak perasa apa,nak campur pun boleh)
  • Telur (ikut kuantiti ayamlah,klu 2~3 ketul tak yahlah sampaiu sebiji)
  • Tepung jagung secukupnya
PENYEDIAANNYA
  1. Gaul kesemua bahan kecuali telur dan tepung jagung..(Sue masukkan dalam container makanan then tutup dan goncang)
  2. Bila kesemua bahan dah sekata, perap sekejap dalam peti ais. 
  3. Bila nak goreng, masukkan telur dan tepung jagung secukupnya dan goncang lagi sehingga kesemua ayam bersalut tepung.
  4. Goreng sehingga ayam masak.

2 comments:

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Sue, selalu buat maknanya sedap la tu....

mama sara nur @ Cik Nor said...

assalam sue
nampak pun sedap tu sue, ayam goreng mcmanapun anak2 tetap suker asalkan ayam he he