Sunday, January 27, 2013

Bak Choi Stim

Lagi resipi tauhu lembut....Sosnya adaptasi dari resipi sizzling telur dari kakak..Tapi dah terlebih rajin, dah bertukar versi guna tauhu lembut dan sekalikan ngan sayur

BAHAN-BAHAN
  • 1 buku tauhu jepun/tauhu lembut
  • 2 pokok Bak Choi
  • 3 sb daging kisar
  • 1/2 labu bawang merah~dicincang
  • 1 ulas bawang putih~dicincang
  • 1 sb sos tiram
  • 1 sk kicap pekat ABC
  • 1 sb sos tomato
  • 2 sb sos cili
PENYEDIAANNYA
  1. Leraikan setiap batang Bak Choi dan belah dua.Kukus beberapa minit.Susun di dalam pinggan hidang.Ketepikan
  2. Tauhu lembut/Tauhu Jepun dipotong 8 dan kukus beberapa minit.Letakkan di atas (1).Ketepikan. 
  3. Di dalam pan,panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau.
  4. Masukkan daging cincang dan kacau sehingga daging masak.
  5. Masukkan kesemua bahan sos dan 2~3 sudu air.Kacau sehingga pekat.Tambah garam secukupnya jika perlu.
  6. Bila daging sudah masak dan kuah pekat, tutup api dan tuang ke atas (2).
  7. Sedia dihidang...
 
 

1 comment:

mama sara nur said...

assalam Sue
sedaplah masakan Sue ni nak lagi tauhu lembut ni akak memang suker he he