Alhamdulillah setelah sekian lama nak mencuba butter prawn ni untuk kali kedua (setelah percubaan pertama dulu fail...Jadi scramble egg) akhirnya tertunai juga di bulan yang mulia ni...
Tapi masih belum berpuas hati sebab juraian yang diperolihi masih kasar dan kurang rangup...Tapi takpe...InsaAllah lain kali cuba lagi dan akan cuba perbaiki dari masa ke semasa....
Apa pun..Terima kasih buat Kak Nor atas resipi ini..Selamat berpuasa....
BUTTER PRAWN
Sumber Rujukan : Kak Nor @Secubit Garam
BAHAN-BAHAN
- 12 ekor udang saiz besar
- 2 sudu butter
- 3 biji kuning telur ~ K.Nor guna 2 bj sahaja
- sedikit daun kari
- sedikit cili padi
- serbuk kunyit & garam
- minyak utk menggoreng
- Lumur serbuk kunyit & garam kat udang.
- Goreng sehingga masak.Bila udang hampir masak tu, masukkan daun kari & cili padi.Gaul seketika sebelom diangkat. Bila dah msak,ketepikan.
- Dengan menggunakan minyak yg sama, biarkan minyak dikuali anggaran dlm 1/2 cawan cenggitu.
- Panaskan minyak dan masukkan butter. Biarkan butter cair & minyak betul2 panas.
- Sementara tu,kacau2 telur bagi rata dan masukkan telur kuning dalam bekas roti jala.
- Matikan api bila minyak tu panas2. Dengan menggunakan 2 tangan, tgn kiri pegang telur kuning ..tgn kanan pegang garfu...tuang perlahan2 telur sambil tgn kanan mengacau dlm bentuk pusingan. Biar dia bertali2.
- Kemudian bila dah selesai, angkat telur tu dah buh dlm tapis utk membuang minyak berlebihan.
Note dari Kak Nor :-
- K.Nor guna acu jala gak, tp kuning telur ni kan dia pekat skit dan acu jala K.Nor tu yg stail lama (tembaga) dan lubang dia kecik jd K.Nor tambahkan sedikit putih telur utk mencairkannya cuba tuang dulu dlm bekas lain, kalau boleh keluar dgn elok tak perlu tambah lg putih telur tu, tp kalau masih payah nak keluar, tambah skit lg putih telur.
- boleh aje nak kacau telur tu dgn garfu atau chopstick, terpulang, tp kena sentiasa mengacau sehingga telur habis dituangkan
- buangkan tali pusat telur, kalau tak lubang acu roti jala mudah tersumbat yg menyebabkan telur payah nak turun
- jgn menggoreng telur dlm minyak yg sedikit, nanti tak jd cantik jurai2 dia
3 comments:
assalamualaikum..
dah pandai wat lah... macam yang kedai punya.. sbb butter ngan telur tu jadi je nampak.. :) siap naik train lagi..
slm Sue..
QH pon dh penah cuba resepi ni..mmg susahkan nk buat kuning telur tu bjala2..tp yg penting ianya sedap
Salam..
Kak Jassani..Boleh lah tapi masih belum boleh disamakan ngan kedai punya..
Kak QH..betul tu..nak kena control betul2 masa tuang telur kuning tu..tak boleh tuang laju2 nanti jurainya kasar2...
Post a Comment