Sunday, November 15, 2009

Nasi Minyak Berjagung

Resipi ni aku CnP dari Majalah Pearl-Jusco

BAHAN-BAHAN
  • 2 ½ pot beras (mana2 boleh biasa or basmathi)
  • ¾ pot jagung manis
  • ½ tin susu cair
  • 2 helai daun pandan (disimpul)
  • 1 sb minyak sapi
  • 1 sb marjerine
  • 1~2 titik perasa ros (optional) - aku tak boh
  • 1~2 titik pewarna kuning (optional)
  • sedikit garam
Bahan tumisan
  • * 4 ulas bawang merah
  • * 2 ulas bawang putih
  • * ¼ halia (kesemua bahan * diblend)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 biji buah pelaga
  • sedikit cengkih

PENYEDIAANNYA
  1. Panaskan marjerine dan minyak sapi...Kemudian tumiskan bahan tumisan sehingga terbit bau.
  2. Masukkan susu dan daun pandan diikuti dengan beras.kacau sedikit supaya sekata dengan bahan tumisan.Masukkan jagung manis,garam dan pewarna kuning.
  3. Masukkan air secukupnya dan masak nasi macam biasa.
  4. Bila nasi dah kering air..masukkan perasa ros.Biarkan nasi kering/masak sepenuhnya..
  5. Sedia dihidang...

No comments: