Wednesday, December 30, 2009

Ayam Goreng Percik

Resipi ni aku ambik kat satu rancangan masakan kat tv masa bulan Ramadhan yang lalu...Biasalah bila tiba je bulan Ramadhan, mesti banyak rancangan masakan yang disiarkan...Kadang-kadang tak tau nak tengok mana satu...

Keh keh keh..Banyak sangat ke masa aku sampai boleh duk bertapa depan tv...? Banyak tu tak lah banyak sangat cuma time tu aku tengah berpantang..Jadi tak lah aktif kesana kemari...Bagi makan kenyang² kat dak dua orang tu...Confirm Mama dia dapat beristirehat dengan amannya...

Haaa..Ni antara resipi yang sempat Sue tangkap time duk bersenang lenang tuuuu....Oklah, taklah rumit sangat penyediaannya...

BAHAN-BAHAN

Bahan-A
  • 1" halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 batang serai
  • 1/4 ekor ayam
  • 200 ml santan ( 150 ml santan pekat + 50 ml air)
  • sedikit belacan (dibakar seketika)
  • 1/2" kunyit -ditumbuk halus ( 1 sk jika guna kunyit serbuk)
  • 1 keping asam keping/gelugur
  • 1 sb cili boh (boleh lebihkan jika suka pedas)
  • 1 sb nisan (yang siap diracik) / gula merah
  • 1 sk tepung jagung (optional)
  • secubit garam
PENYEDIAANNYA
  1. Bahan A dikisar halus/blend..Dibahagikan kepada 2 bahagian
  2. Ayam diperap dengan 1 bahagian bahan A (yang siap diblend) bersama sedikit garam.Goreng sehingga masak dan ketepikan.
  3. Didalam kuali,masukkan santan dan baki satu lagi bahagian bahan A, belacan, kunyit, asam gelugor dan cili boh.
  4. Kacau sehingga mendidih.Masukkan tepung jagung dan nisan.Perasakan dengan garam.
  5. Apabila kuah sudah cukup pekat.Tutup api dan boleh dicurahkan ke atas ayam goreng tadi.Sedia dihidang

4 comments:

E-na Zarina said...

masuk list dulu..bila nk try tak tau la...tq 4 d recepi! xpegmbr x cntik tp rasa msakan nak sedap kkn..

Love2cook Malaysia said...

Wow, sedap nampak ayam nih! Resipi masuk list gak! Hehex..Love pun sll duk dpn TV tgk cookery shows time bulan puasa! Bes tgk mcm2 dishes.

Aisey, pic tak ok takpe..atleast u had the initiative. Love pun dulu guna camera hp jer. Still.. it's our copyright kan.

Okey, nak mintak ayam tu sikit! ;)

HALAMANKU said...

nak ayam percik gak... semangat nak masuk list gak sebab? tak yah bakar he he he...hidup biar mudah...

akak bab gambar tu sensitif tau.. kita pakai hp gak.. kualiti memang kurang + goyang... tapi x kisahkan kak... yang penting resepi n syering...nak sedapkan hati sendiri..

Sue @ Nenie said...

E-na,
Welcome....


Love,
Yalah, time tu dari pg sampai tghari duk ngadap depan tv jeee...


Yaaaaaa betoi-betoi-betoi...