Wednesday, December 30, 2009

Sayur Bening

Hidangan biasa bila dah tak tau nak masak sayur apa....Apa lagi, sayur bening leerrrrr....Kali ni banyakkan bahan² supaya nampak meriah sikettttt.....

Masak ni semua orang tau, tapi aku nyibuk² gak post resipi tu kat sini...Belasah je lah kan...

BAHAN-BAHAN
  • *3 ulas bawang merah
  • *2 ulas bawang putih
  • *1 biji lada merah (*dimayang)
  • 5 ekor sotong (boleh gak nak ganti ngan udang~lagi sedap)
  • 10 biji fish ball
  • 2 kelopak kobis cina (dipotong besar-besar)
  • 1 batang daun saderi
  • 2 biji kentang (di potong 4)
  • Sedikit soo hoon dan kulit tauhu-di carik carik
  • 4 cawan air (boleh lebihkan jika mahu kuah banyak)
  • Secubit /secukup rasa garam dan gula
PENYEDIAANYA
  1. Masukkan air, bawang merah & putih dan kentang ke dalam periuk.Didihkan sehingga kentang empuk.
  2. Kemudian masukkan kobis, soo hoon&kulit tauhu fish ball dan daun saderi.
  3. Perasakan dengan secubit gula dan garam atau secukup rasa.Didihkan.
  4. Masukkan sotong/udang.Kacau seketika sehingga udang/sotong masak.Tutup api.

6 comments:

Unknown said...

salam sue.

kadang2 kakchik pun masak sayur air je kalau takde idea atau takde selera. makan dgn nasi boleh, dimakan begitu saja pun boleh.
ringkas, cepat dan mudah. sedap pun iya juga.

HaSue said...

Hari ni takde seloka sayur bening ke?hihi..
nampak sedap jek sayur tu..nape agaknya namanya sayur bening ek?

Love2cook Malaysia said...

Sedapnyaaaaa! Love want some pls! ;))

Anonymous said...

Kite tak tau sayur bening nie... macam sup ye kak.. sotong sotong kite memang peminat setia.cume sini takde sotong segar..yang keras kejung dlm esbok je yg ade. :)

Unknown said...

salam sue...masakan bening ini favourite fil dan my hb..orang jawalah katakan..

Sue @ Nenie said...

Kak Chik,
Saya pun sukeeeeee sayur ni pasal ringkasss...tak yah pikir byk² dan boleh campak je apa saja yg sesuai...


HaSue,
Ari ni cuti berpantun...Kenapa sayur bening erkkk?..Jom kita sama² tanya Hana...Kih kih kih..ini sayur jowo tauuuu....


Ijan,
Sayur ni lagi ringkas dari sup, tak yah tumis bagai...Rebus cam gitu jeee....Masakan sayur sesuai tuk 'orang² rajin gitu'


Kak Ina,
Saya kenal sayur ni pun dr Cik Hubby (pasal dia pun org jawa).... C.Hubby suke saya lagiiiiiilah sukeeeeeeeeee....Senang kerja..
Wah ha ha ha.....