Thursday, December 31, 2009

Ayam Masak Asam Manis

Ni dia lauk gandingan ngan nasi pilau warna-warni ku ituuuuu.....Kat resipi asalnya buh nama 'ayam masak asam manis', tapi tang mana datangnya nama manis tu saya pun tak pasti...

Apa-apa pun lauk ayam ni tidak menghampakan selera dan anak tekak ni haaaa....Saya pun tak de adjust apa² kat resipi asalnya...CnP 100% buh kat sini...Tapi masa masak saya adjust juga

BAHAN-BAHAN
  • 600 gm ayam
  • ½ s.teh serbuk kunyit & garam
  • ½ cwn santan pekat
  • ½ cwn minyak masak
  • Gula & garam secukup rasa
  • Daun ketumbar utk hiasan
  • ** 2 sb sos cili
  • ** 1 sb sos tomato
  • ** 150 gm pes tomato
  • ** 50 ml jus asam jawa (** satukan dalam mangkuk)
Bahan-B (diblend menjadi pes)
  • 15 biji cili kering
  • 6 biji bawang merah
  • 6 ulas bawang putih
  • 1 inch halia
Bahan Rempah
  • 1 btg kulit kayu manis
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 4 biji buah pelaga
PENYEDIAANNYA
  1. Ayam di potong dan dibersihkan..Lumur ngan sedikit garam dan serbuk kunyit.Goreng ayam sehingga ¾ masak.Ketepikan.
  2. Kurangkan minyak dalam kuali, tumis bahan-B dan bahan rempah sehingga wangi.
  3. Masukkan bahan ** dan ayam..Gaul sekata.
  4. Masak sehingga kuah menjadi pekat dan ayam masak sepenuhnya.Perasakan ngan garam dan gula.
  5. Masukkan santan pekat dan gaul sebati.Tutup api, angkat dan hidang
  6. Boleh juga taburkan daun ketumbar jika suka.

2 comments:

HaSue said...

Lapo lak nengok ayam nih.. kalo makan ngan nasik panas takyah lauk lain dah ni..huhu

selamat thn 2010 buat nenie sekeluarga ye

LOVE2COOK said...

Ooh baru nak tanya what was the side dish for the pilau rice...dah pun keluar n3 nih! kekeke :)

Looks yummy!