Tuesday, December 22, 2009

Kepak Ayam Kicap Gula Melaka

Haaaa....Dah penat jaga api yaaa....Aikkk...Ada yang tak cukup ayam ke? Tak pe ...Tak pe... Jangan gundah gulana, kat sini sue post kan resipinya... tak cukup nanti gi pasar cari ayam dan bakar sendiri kat rumah yaaa....

BAHAN-BAHAN
  • 20 keping kepak ayam
  • 2 ulas bawang putih (dikupas dan dihancurkan)
  • 1 sb serbuk cili
  • 1 sb kicap pekat
  • 1 sb kicap cair
  • 1 sb gula melaka (dicairkan dengan 2 sb air dalam microvawe) ~ boleh gak ganti ngan madu
  • 2 biji limau nipis (diperah jusnya)
  • 2 s.teh garam ( / secukup rasa)
  • 4 sb tepung (optional)

PENYEDIAANNYA
  1. Campurkan jus limau nipis dgn bawang putih, serbuk cili, kicap dan gula merah yang telah dicairkan di dalam satu mangkuk.
  2. Masukkan kepak ayam dan gaul rata.Tutup dan simpan di dalam peti sejuk selama 2 jam, dengan membalik-balikkan kepak ayam setiap 30 min.
  3. Cucuk kepak ayam dengan pencucuk besi (optional).Taburkan garam dengan rata dan renjiskan tepung beras dengan perlahan-lahan.

*** Utk BBQ di luar rumah, panggang kepak ayam di atas bara api yang sederhana panas selama 20~25 min.Balik2 kan setiap 5 min sehingga daging menjadi legap.teruskan menyapu minyak untuk melengkapkan masakan.

*** Utk memanggan di dalam rumah, Panaskan dapur pemanggang dahulu.Aturkan ayam di atas redai dawai di atas dulang ketuhar.Panggang selama 15~20 min.Balikkan sekali dan masak sehingga daging menjadi legap.

NOTE :- Anda tidak perlu menyalut kepak ayam dengan tepung tetapi ini boleh mencegahnya drpd melekat pada pinggan.

2 comments:

LOVE2COOK said...

Uish...besnya Chicken Wings tuhhhh! Love suke! Nak sikit Sue! :)

Sue @ Nenie said...

Love..

Ok Ok
U take one and another one tu for meee