Sunday, December 6, 2009

Nasi Ayam

BAHAN-BAHAN SUP & AYAM GORENG
  • 1/2 ekor ayam dibersihkan.
  • air secukupnya untuk kuah sup
  • 1 sup bunjut adabi (brand lain pun boleh)
  • 1 kiub ayam
  • Garam secukupnya
  • daun sup dan bawang secukupnya
  • bawang goreng (optional)
untuk tumisan
  • 2 sudu mentega
  • * 3~4 ulas bawang putih
  • * 1/2 inch halia (bahan * ditumbuk lumat)
untuk perapan ayam
  • 1~2 sb sos tiram
  • 1~2 sb kicap pekat manis
  • Sedikit serbuk cili (optional)
PENYEDIAANNYA

Untuk kuah sup
  1. Panaskan mentega dan tumis bawang putih dan halia yang ditumbuk sehingga wangi.
  2. Masukkan air, sup bunjut, 1/2 kiub pati ayam dan ayam.
  3. Didihkan sehingga ayam masak dan tambah sedikit garam.
  4. Keluarkan kuah sup secukupnya untuk masak nasi
  5. Keluarkan juga ayam untuk lauknya.
  6. Tambah air lagi dan baki kiub pati ayam ke dalam baki kuah sup.Renih sehingga supnya menjadi 3/4.Perasan dengan garam.
  7. Tutup api dan tabur dengan daun bawang&sup yang dipotong juga bawang goreng jika suka.
Untuk ayam
  1. Masukkan ayam kedalam bekas.
  2. Di dalam bekas lain, campurkan kesemua bahan perapan dan gaul sebati.
  3. Curah (2) ke dalam (1).Gaul agar semua rempah menyaluti ayam dan perap seketika.
  4. Goreng sekadarnya.Tak perlu lama kerana ayam sudah masak.

BAHAN-BAHAN NASI
  • 3 pot beras dibersih dan toskan
bahan tumisan nasi ayam
  • 1 labu bawang besar dimayang
  • 2 ulas bawang putih dimayang
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 biji buah pelaga
  • sedikit cengkih (optional)
  • sedikit marjerine untuk menumis

PENYEDIAANNYA
  1. Panaskan marjerine dan tumis bahan tumisan sehingga wangi.
  2. Masukkan kuah sup yang diasingkan dari didihan pertama.
  3. Masukkan beras dan masak nasi seperti biasa.


BAHAN-BAHAN SAMBAL PEDAS
  • 3 ulas bawang putih diketuk
  • 10~15 biji cili kering
PENYEDIAANNYA
  1. Cili kering dipotong dan direbus sehingga masak.Blend halus.
  2. Ambil sedikit kuah sup dan masukkan kedalam periuk kecil.Masukkan bawang putih dan cili blend tadi.Masak sehingga mendidih dengan api yang perlahan.
  3. Renih sehingga sedikit pekat.Tambah sedikit garam jika perlu.
  4. Sedia dihidang bersama nasi ayam.

No comments: