Saturday, December 5, 2009

Nasi Kesiri Daging



BAHAN-BAHAN

  • 250 gm daging
  • air secukupnya
  • 3 pot beras
  • 1 sb Marjerine
  • 2 sb mentega
  • 100 ml santan
  • 1/2 sk garam
  • kismis secukupnya
Bahan tumisan
  • 1 labu bawang besar (dihiris nipis)
  • 1/2 inch halia (dihiris nipis)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 5 biji buah pelaga
  • sedikit cengkih
Bahan Rempah (Disangrai dan kisar)
  • 2 sk ketumbar
  • 1 sk jintan manis
  • 1 sk jintan putih
  • 2 sk lada putih

PENYEDIAANNYA
  1. Rebus daging sehingga empuk.Keluarkan dan hiris nipis.Ketepikan.Air rebusan disimpan.
  2. Panaskan mentega dan merjerine.Tumis bahan tumisan sehingga wangi.
  3. Masukkan bahan rempah.tumis sehingga sedikit garing.
  4. Masukkan daging dan air rebusan dan kacau sekali-sekala sehingga mendidih.
  5. Masukkan santan, beras dan sedikit garam.
  6. Masak seperti biasa...
  7. Setelah air kering,tabur kismis di atasnya.Tutup periuk.
  8. Apabila nasi masak, kacau sedikit kasi sebati semua dan sedia dihidang.


No comments: