Thursday, December 10, 2009

Puding Balqis

Kenapa Balqis..? Itu kena tanya tuan punya resipi...Puding ni dah lama buat dulu sebelum blog ni ujud lagi..Tapi sebab sejak akhir2 ni MYR selalu kadang2 tak boleh nak bukak, jadi sebagai langkah selamat kite pun nak kopipes kat sinilah...Jadi kalau tiba-tiba teringin nak buat, boleh terus rujuk kat sini...

BAHAN-BAHAN
  • 1 paket agar2 serbuk (10gm)
  • 450ml air
  • 150ml susu cair
  • 2 biji telur gred A
  • 5 sudu besar gula
  • 3 sudu besar marjerin/butter
  • 1 sudu teh esen vanila
  • pewarna mengikut citarasa masing2

PENYEDIAANNYA
  1. Masakkan serbuk agar2 dgn air dan gula hingga mendidih dan masukkan marjerin dan susu cair. Masak lagi hingga mendidih sambil dikacau.
  2. Masukkan vanila dan padamkan api. Biarkan seketika (lebih kurang 15 - 20 minit) sehingga agar2 suam2 panas.
  3. Pukul telur hingga betul2 kembang (buang tali pusat telur utk menghilangkan bau hanyir telur) dan masukkan adunan agar2 kedalam bekas berisi telur td. Kacau hingga sebati.
  4. Bahagi adunan kepada 2 atau 3 bahagian dan masukkan pewarna yg disukai. Kacau hingga serata warna adunan puding td.
  5. Sendukkan adunan puding kedalam bekas atau loyang secara selang seli hingga habis. Untuk meletakkan lapisan yg kedua tu pastikan diletak perlahan-lahan di bahagian tepi dan jgn dibahagian tengah supaya ia tak bolos masuk dalam lapisan yg pertama.
  6. Sejukkan dalam peti ais sebelum menghidang. Selamat mencuba..

No comments: