Wednesday, January 27, 2010

Ayam Masak Tomato

Dah lama simpan resipi ni, tapi bari je rajin nak membuatnya...Tapi bagi Aku ia lebih sesuai dipanggil ayam masak berempah....Tapi pasal kat resipi asalnya dah buh nama cam gitu, Aku follow jelah...

Resipi ni Aku kutip dari koleksi lauk-pauk tradisi, jadi kebanyakan penyediaan rempahnya ialah digiling..Tapi mana lah nak cari batu giling kat rumah moden ku ini..Ha ha ha ha..Alasan betoi lah..Kalau ada pun nak ke aku giling menggiling ni...? Walau aku akui hasil rempah giling ni memang sedap.....

Biasanya bila melibatkan rempah² yang kena giling ni, aku gantikan aje ngan yang serbuk (sukatannya separuh dari resipi) ..dan yang jenis berbawang tu aku sagat jelah....Tapi kalau rajin siket aku basuh dulu bahan rempah tu, toskan hingga kering air dan sangrai seketika then blend kering....Tak kisahlah mana² ikut cara dan kerajinan masing² lah kan....

Alamak panjang pulak aku membebel....Kalau rajin jomlah intai² dulu resipinya...

BAHAN-BAHAN
  • 1 ekor ayam
  • *1 tin susu cair
  • *5 biji asam limau.
  • 3 biji bawang besar (disagat)
  • 5 biji bawang merah (dimayang)
  • 2 ulas bawang putih (dimayang)
  • 2 s.k tomato puri
  • 2 cm kulit kayu manis
  • 3~4 camca minyak sapi
  • 1 batang serai (dititik)
  • Garam secukup rasa
Bahan giling
  • 20 tangkai cili kering
  • 1 s.k ketumbar
  • 2 s.k jintan manis
  • 1 s.k jintan putih
  • 1 s.k kas kas
  • 1/2 s.k lada hitam
  • 0.5 cm kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 10 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 cm halia

PENYEDIAANYA
  1. Ayam dibersihkan dan dipotong ikut suka
  2. Asam limau diperah jusnya dan dimasukkan ke dalam susu cair dan diperap kira-kira 6~7 jam (untuk dijadikan tairu) ~ tak buat ni, guna yogurt je
  3. Gaulkan ayam dengan (2), bahan giling, bawang besar, tomato puri,serai dan garam.Perap kira-kira sejam.
  4. Panaskan minyak sapi, tumis kayu manis dan bawang penumis.
  5. Bila kekuningan, masukkan ayam yang telah diperap.
  6. Masak sehingga pekat dan naik minyak dengan api sederhana.

8 comments:

HALAMANKU said...

Kak Ninie.. penat gi Sarawak..Umah Akakpun ade ayam penyet...alamak dah habis ke...Ayam tomatopun sodap.. bile tengok resepi...he he becinta hambe... mintak lauk akak dulu..la..

Watierman said...

Salam Sue, Nasib baik Akak tak makan ayam...tak penat jer menjenguk...dah abis ke?...Baru terfikir...dah lama tak beli ayam untuk budak2 tu....kejam kan...mama tak makan ayam....alamat jarang2 lah dia orang makan ayam....kalau ada lebih..Akak nak minta tapau untuk anak akak sikit boleh ka?

Unknown said...

assalamualaikum sue.
macam sampai ke sini je baunya.
mmmm.... harumnya aroma ayam masak tomato ni.

Anonymous said...

Salam Kak Sue,
Datang jalan2 cari makan neh... nak ayam tomato pastuh nk request nasik tomato sekali. ulam2 pun nak tomato gak.hehehe..banyak songeh pulak.kena halau ngan tuan tanah baru taww.kihkihkih

p.s Alhamdulillah akak dapat tawaran kerja kat tempat baru tu ye... kite doakan semua dipermudahkan selepas ni untuk akak di tempat kerja baru...

Sue @ Nenie said...

Salam Erma...
Tak pelah yang tu versi Sarawak..Kata orang kalau kita gi sesuatu tempat tu rugi tawww kalau tak merasa masakan@makanan tempatan....

Sue @ Nenie said...

Kak Watie..
Yang sebenernya saya lebih prefer ikan dari ayam, tapi nak wat camne dah Hubby kurengggg sikit ikan² ni..so kena masak ayam jugalah..

Eh, akak tak makan ayam pasal tak leh makan ke or tak gemar sgt?

Sue @ Nenie said...

Salam Kak..
Aroma rempahnya memang wangi..Agak² kalau guna rempah giling, maunya wangi setaman

Sue @ Nenie said...

Salam Ijan...
He he nak ayam tomato ada..Nasi tarak...Errkkk, akak pun belum pernah buat nasi tu...tak berani pasal hubby tak suka masam²...Eh, nasi tu ada rasa masam ke..?