Monday, January 18, 2010

Gulai Ayam Karlio

Ni lauk dua hari semalam....Mula-mula beli daun kesum, cadang nak wat masak Asam Pedas Ikan Terubuk...Tup-tup cik Hubby cakap ikan tu kalo di bakar lagi sedap...Emmmmm...Nak bakar membakar, panggang memanggang ni yang malehhhhh ni.....

Dah tu, kesian pulak kat daun kesum yang semakin hilang serinya kat dalam esbox tu...Kebetulan pula stok ayam, santan dan nenas pun ada...Senang² cerita masak gulai ni lah....

BAHAN-BAHAN
  • 1/4 ekor ayam kampung (dipotong sederhana besar) ~ Sue guna ayam bandar
  • 200~300 ml santan
  • 1/4 biji nenas (dipotong ikut suka)
  • Sehelai daun kunyit (dicarik-carikkan)
  • Sedikit daun kesum
  • 3 helai daun limau purut (dicarik-carikkan)
  • Garam dan gula secukup rasa
Bahan Tumisan (diblend)
  • 5 biji cili kering (direndam air panas sehingga lembut dan toskan)
  • 3 tangkai cili padi (boleh tambah jika mahu lebih pedas)
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • Sehiris halia
  • Sehiris kunyit
  • 1 batang serai
  • 1 biji buah keras
  • 1/2 sk serbuk ketumbar
  • 2 helai daun limau purut

PENYEDIAANNYA
  1. Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak dan cili masak.
  2. Masukkan ayam dan gaul mesra dengan rempah tumisan dan kecutkan lebih kurang 5min pada api sederhana.
  3. Masukkan santan,nenas dan daun kunyit..Kacau dengan api perlahan sehingga mendidih...jgn sampai pecah minyak.Perisakan dengan garam dan gula.
  4. Masak sehingga pekat..Masukkan daun kesum dan daun limau purut...Sedia dihidang...

4 comments:

blogresipi.com said...

Aduss sedapnye nampak karlio akak nie. Kalau takde daun kesum agaknye rasa dia kurang sedap ke kak?

Sue @ Nenie said...

Ijan,

Daun kesom tu tuk membangkitkan aroma...Kalau kat sana tak de, xletak pun tak pe..still tak jejaskan rasa...

HaSue said...

Daun kesom tu tanam sendiri ke nenie? Kat sini tak penah nampak lak org jual.ke tak perasan..hehe...jrg letak dlm masakan,tu yg tak berapa nak amik tau..ehee

Sue @ Nenie said...

Daun kesum tu beli je...Kat belakang rumah susah nak bertanam pasal ayam jiran selalu kais² kat tanah tu...
Keh keh keh...diri sendiri yg malas bertanam, tak pasal² ayam jiran pula yang dipersalahkan....Nasib badannnnnn...