Tuesday, January 19, 2010

Ikan Siakap 3 Rasa

Last week time gi Econsave tuk top-up barang² basah..Tiba² ternampak lambakan ikan siakap..Fresh lagi...May be baru sampai kot...Dan tiba-tiba pula terasa nak makan ikan siakap masak stim..Dah lama tak buat ni...jadi dengan semangat berkobar², Sue pun pilihlah ikan dengan saiz yang sesuai ngan isi rumah...So dapatlah sekor yang agak kecil, tapi kecil² pun sekilo gak...Minta juru jual tu siang dan potong 2..Pasal dah tahu, Cik Hubby tak suka sangat makan ikan, jadi nanti boleh masak dua kali...

Dah sampai rumah, dengan semangat yang masih lagi berkobar², kita pun siap² kan lah bahan²nya..Dan tiba-tiba pula Cik Hubby nak makan ayam...Emmmm..Tiba² terbantut selera...So Plan kena ubah...Dah bersih²kan ikan..Masukkan kat dalam freezer....

Emmmm 2~3 hari jugalah ikan tu terpaksa kesejukan kat dalam esbox tu...Jadi Sue pun ingin teruskan rancangan asal, dan sekali lagi Cik Hubby cakap...Goreng jelah ikan itewwww...

Nak buat camne kan...Kan kalau distim juga ikan itew, terpaksa makan sorang² pula..Jadi terpaksalah godek² resipi..Jadi setelah melalui pelbagai rintangan, akhirnya berjaya juga ikan ni menjadi santapan...Tapi baru separuh...Yang lagi separuh lagi tu...Rasanya macam nak gakkk buat ikan masak stim...Tapi tgklah dulu....

Sabar ya....Duk dulu kat dalam esbox tu diam² yaaaa....

Eh..Panjang pula membebel...Oklah, jom kita intai² resipi Siakap 3 rasa ni..

BAHAN-BAHAN
  • 1 kg/seekor Ikan siakap
  • Daun Ketumbar
Bahan Salutan ikan
  • Serbuk kunyit secukupnya
  • Garam secukupnya
  • Lada boh secukupnya
Kuah
  • 8 biji lada besar/merah
  • 1 biji bawang putih (dicincang halus)
  • 4 biji bawang merah (dicincang halus)
  • 2 keratan nenas (dipotong dadu)
  • 3 batang serai (di titik)
  • 1 sb tepung jagung
Bahan Sos (secukupnya)
  • Sos Ikan
  • Sos Tiram
  • Kicap Soya
  • Garam
  • Gula
PENYEDIAANNYA

Ikan
  1. Satukan bahan perapan ikan di dalam mangkuk..Sapukan pada ikan sehingga rata dan ketepikan.
  2. Goreng terendam ikan sehingga garing menggunakan api sederhana.Letakkan di atas pinggan kaca bagi peresapan suhu yang sekata.Jadi aroma ikan akan terserlah.
Kuah
  1. Panaskan kuali...Tumis bawang putih sehingga wangi dan kekuningan.Masukkan bawang merah.
  2. Setelah aroma bawang timbul, masukkan lada merah, goreng seketika.Kemudian masukkan nenas.Kacau sebati.
  3. Masukkan 2 cawan air..Masak sehingga mendidih.
  4. Setelah mendidih, masukkan bahan sos.
  5. Di dalam mangkuk, bancuh tepung jagung dengan air masak (Pastikan air tidak panas bagi mengelakkan bancuhan menjadi berketul-ketul)..
  6. Masukkan (5) ke dalam (4).
  7. Kacau semua bahan sehingga sebati dan masak.
Hidangan
  1. Siram kuah di atas ikan.
  2. Hias dengan daun ketumbar mengikut kreativiti masing².Sedia di hidang.

2 comments:

Unknown said...

salam kaksu. kesian si ikan, banyak hari kesejukan hehe, macam dok UK je. kan skrg ni musim sejk grrrr...
macam senang je nak buat lauk ni. kakchik memang suka order lauk ni kalau makan di restoran dgn kawan2.
kat rumah takleh nak buat guna ikan siakap sebab orang lain semua tak makan.

p/s: kakchik dapat proton sebuah ni.

Sue @ Nenie said...

Salam KakChik

kat rumah ni pun menu ikan kurang mendapat sambutan..Tapi redah gak pasal kalau nak mkn kat luar maunya dekat RM30 jugalah sekor (saiz kecil)..

Jadi nak jimat kos dan kepuasan berganda, masaklah...(ni kata² time rajin, kalau malas tak leh nak kata apa, kdg² belasah gak kat luar...he he he)