Wednesday, January 6, 2010

Masak lemak udang dan nenas

Nak habiskan lebihan nenas buat nasi semalam...Kebetulan udang pun ada lagi berbaki ngam² untuk satu hidangan..Jadi apa lagi..Project pun bermula....

BAHAN-BAHAN
1/2 biji nenas
300 gm udang (sederhana besar)
1 1/2 s.teh garam
1/2 biji kelapa parut
10 tangkai cili merah
10 ulas bawang merah
5 biji buah keras
1 batang serai
2.5 cm halia
2.5 cm kunyit hidup
1 keping (2.5x2.5x0.5) belacan
2 sb minyak masak

PENYEDIAANNYA
  1. Nenas di buang kulit dan belah 4.Buang empulur.Hiris setiap perempat nenas menjadi kepingan 1cm tebal.
  2. Udang dibuang kulit dan urat dan diperap ngan sedikit garam.
  3. Perah 1/2 cwn pati santan dan 1 cwn santan drpd kelapa parut.
  4. Kisar sehingga lumat cili merah, bawang merah, buah keras, serai, lengkuas, kunyit dan belacan.
  1. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk sehingga wangi.Masukkan udang dan tumis selama 2 min lagi
  2. Tambah separuh santan dan didihkan sehingga udang masak.Keluarkan udang dan ketepikan.
  3. Tuang baki santan dan apabila kuah mendidih sekali lagi, tambahkan hirisan nenas dan 1 s.teh garam.Renihkan perlahan-lahan sehingga nenas lembut.
  4. Masukkan kembali udang ke dalam kuah dan tambah (1/2 cwn) pati santan.Kacau sehingga kuah mendidih sekali lagi.
  5. Perasakan.Tutup api dan sedia dihidang.

3 comments:

LOVE2COOK said...

Uish..dah terliur Love tgk udang Sue nih! Sedapnyaaaaa! ;) Nak sepinggan with nasi! hehehe..

salamdariborneo said...

nenie,dah lama tak makan udang.nak kena cari udang lak ni.

Sue @ Nenie said...

Love...
Nasi bawa sendiri yaaa, lauk boleh ambik kat sini tap udang ambik sekor je yaaa...Nenaspun seketul je, xleh lebih..

Kak Maria,
Kat Sabah sana udang mesti lagi murah kan?