Tuesday, January 5, 2010

Spicy Tomato Chicken

Resipi ni ambik dari dapur kak Fida di MYR..Emmmm..Kemana ya Kak Fida menghilang, pasal sejak kebelakangan ni sudah tiada sebarang resipi yang di post kat MYR....Or mungkin dia sudah ada blog masakan sendiri dan ada sesiapa tahu tentang ituuuu....?

Dan ini adalah di antara resipi yang pernah dicuba dari sana...Sedap, saya wat makan ngan nasi nenas tuuu...Akak, saya CnP kat sini pula untuk rujukan di masa hadapan...

BAHAN-BAHAN
  • 500 g ayam -dipotong kecil dan di goreng
  • 1 biji bawang besar- dipotong bulat
  • 2 biji tomato - di hiris / ptg dadu
  • 10-15 tangkai cili kering *- di rendam hingga lembut
  • 8 biji bawang merah*
  • 2 cm halia*
  • bahan bertanda(*) dikisar halus.
  • 5 ulas bawang putih - ditumbuk kasar
  • 1 sb tomato sos
  • 2 sb cili sos
  • 2 sb kicap manis
  • garam, gula secukup rasa
  • 1/2 cawan minyak masak - utk menumis
  • daun sop dan daun bawang - dihiris halus
  • 1 btg cili merah - dipotong serong
  • 1 btg cili hijau - dipotong serong
  • 1/2 cwn bawang goreng.
PENYEDIAANNYA
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar hiris, tomato hingga layu dan wangi dan masukkan bahan kisar dan tumis lagi hingga garing.
  2. Tambah sedikit air dan masukkan kesemua bahan sos,garam dan gula secukup rasa.
  3. Masukkan ayam yg telah digoreng tadi dan gaul hingga sebati .Tambah air lagi jika perlu .
  4. Masukkan daun sup, daun bawang,cili merah dan hijau yg dihiris dan 1/2 bwg goreng, gaul lagi hingga rata.
  5. Ketika menghidang, taburkan dgn 1/2 bwg goreng lagi.

5 comments:

nOOrsha said...

salam k nenie...
hak ah kan..lame x nampak kak fida...rindu laks ngan dier.... kak ade tanye kan kuih puteri tu same x ngan tpg bungkus??... ekceli kuih puteri tu lebih kurang ngan tepung bungkus.... cume tepung bungkus x de kaler n satu je bola2 api die... hehe... kite x pnah try wat tepung bungkus... search kat MR, jumpe resipi tepung bungkus dari kak yatt.. bahannye same... tapi cara buat die x same....wallahualam, len org len carenya... :)

LOVE2COOK said...

Hi Sue..Love brought some Sambal Ayam madu for U...! Nak tapau ur Spicy Tomato Chicken pulak! B4 this, Love gi ke umah KakDayang...tapau kari! hihihi :)

Yalor Sue, Love pun tercari2 KakFida nih...she's missing from MyR. Really missed her recipes and her messages. :(

kak ina kl said...

salam nenie..aduhai cedapnya ayam masak cara cam ni..leh lah cuber nanti..

blogresipi.com said...

Salam Kak Nenie,
Sedap juga ni buat spicy tomato macam akak buat... tapi ohoho ayam itew.. diriku tak buleh makan.hehehe

Sue @ Nenie said...

Noorsha,
Itulah, tgk bhan² cam lbh kurang sama je cuma tak de kaler je kan..? kat Pantai Timur t.bungkusnya still 2 biji inti..

Love,
itu lerrr..Kan kalau dia ada, senang sikit nak request resipi..Kalau kita tak paham pasal mskan then tanya dia pasti ada jawapannya.

Kak Ina,
Emmmm...Sedap, saya suka.

Ijan,
Takpe ijan..Resipinya boleh KIV dulu...Ada masa yang sesuai nanti bolehlah cuba..