Monday, March 29, 2010

Rendang Pedas Perak


Salam Hari Isnin...Harap-harap semuanya sihat sejatera dan ceria dipermulaan minggu terakhir bulan March 2010....Tengok tu, pejam celik pejam celik sekejap je dah nak masuk bulan keempat kalendar masihi..Rasanya macam baru semalam saling wish tahun baru dan bina azam baru.....

Emmmm...ni lauk minggu lepas sebenarnya...Baru sempat nak entry....Lagi lauk simple tapi kali ni kita cedok dari rumah Kak Ummi....Tapi rendang kita kenapa merah yaaaa...tak macam rendang Kak Ummi tu, adalah rupa rendangnya...Tapi walau apa kalernya sekali pun, rendang ni tetap sedappppp.....

Apa lagi, kite pun CnP lah resipinya kat sini pula..Macam biasaaaa.......Minta halal ya Kak Ummi.....

BAHAN-BAHAN
  • 2 ekor ayam (potong sederhana kecil)
  • 1400 ml santan (dari 3 biji kelapa)
  • 6 batang serai - 3 diketuk, 3 batang lagi dikisar
  • 1 keping gula kabung (yang tebalnya 1/2 inci)
  • 1/3 cawan kerisik
  • 4 - 5 keping asam gelugor
  • garam secukup rasa
  • 5 helai daun kunyit - dihiris halus

Bahan Kisar:-
  • 30 biji cili api (cili padi)
  • 2 sudu besar cili kering kisar
  • 20 ulas bawang merah
  • 8 ulas bawang putih
  • 2 cm lengkuas
  • 3 cm halia
  • 2 cm kunyit hidup
  • 3 batang serai

PENYEDIAANNYA
  1. Dalam kuali campurkan ayam dengan bahan-bahan kisar. Gaul rata dan letakkan kuali di atas api dan masak sebentar ayam dengan api perlahan. Biar air dari ayam tu keluar dan ayam mesra dengan bahan.
  2. Bila air ayam tadi telah surut hingga tinggal 1/3 lebihkurang, masukkan santan, asam gelugor dan serai ketuk. Masak dan gaul sekali sekala. Biarkan mendidih dan santan agak surut.
  3. Masukkan kerisek, garam dan gula kabung. Masak lagi sambil dikacau sesekali hingga kuah rendang pekat dan bersalut dengan ayam. Seimbangkan rasa.
  4. Masukkan daun kunyit yang dihiris tadi dan tutup api. Gaul-gaul rata daun kunyit dengan ayam tadi. Angkat dan hidangkan.

5 comments:

mummyseri said...

Salam nenie..ermmm asal namanya rendang kalo pedas kale tak amik kire yg pnting sedappp..
sedapnye ni..:)

indahhouse said...

salam syurie,
apa khabar? datang menjengah ni. nampak sedap rendang pedas perak ni. lapar plak rasa. :)

fuzidss said...

ayam ni fav anak2

Love2cook Malaysia said...

Hi Sue, hru doing??? sorry lama tak visit U! How's ur work getting on???

Dahlah love ni chickenlover...tgk rendang Sue nih buat love lapar je!!! uwaaaa! :)

Sue @ Nenie said...

Salam dan selamat sejahtera..

Mummy,
He he he....yupppp....rendang kalo pedas~manis~lemak bersatu memang bestttt...

Kak Nur,
Saya sihat...Apa lagi ujung minggu ni bolehlah try pula..

Fizidss,
Kat sini fav Hubby..

Love,
Ha ha ha still bz gilossssss....skrg pun masak dah main ringkas-ringkas dan tangkap muat jelah...
Apa lagi, ada masa nanti cubalah